web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Maut Rempuh Kenderaan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Apr 2024 2:40PM

Mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertindak merempuh 4WD milik polis - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR GAJAH - Seorang penunggang motosikal meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Melaka selepas dipercayai merempuh kenderaan polis yang sedang menjalankan rondaan Op Cegah Lumba Haram di Jalan Gangsa-Kesang, Durian Tunggal di sini pada awal 1 Syawal, semalam.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mangsa Mohammad Khairul Basahri, 18, yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC meninggal dunia akibat kecederaan dalaman selain patah kaki dan paha dalam kejadian 2.56 pagi itu.

"Polis Melaka mengesan sebuah video berdurasi 40 saat tular di media sosial memaparkan kejadian kemalangan itu melibatkan kenderaan pacuan empat roda (4WD) polis dengan sebuah motosikal yang ditunggangi mangsa.

"Sebelum kejadian, kenderaan polis yang dipandu anggota berusia 37 tahun dari Balai Polis Durian Tunggal telah ke lokasi terlibat susulan aduan awam berkaitan bunyi bising dan terdapat aktiviti lumba haram di kawasan itu sebelum menyalakan lampu mata arah serta bunyi siren bagi memberi amaran kepada kumpulan motosikal terbabit," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata menyedari kehadiran polis ke kawasan itu, penunggang motosikal yang sedang berkumpul di tepi jalan bertindak melarikan diri.

Katanya ketika kenderaan polis terlibat sedang membelok ke arah kanan jalan, mangsa yang menunggang motosikal dari arah bertentangan bertindak merempuh 4WD itu.

Zainol berkata mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Melaka sebelum meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di wad unit rawatan rapi hospital itu pada 12.37 tengah malam tadi.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Menurutnya, polis Melaka memastikan siasatan kes terbabit dijalankan secara telus serta profesional dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kemalangan itu diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan lanjut. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad