web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PGA Tumpas 431 Kes Rentas Sempadan, Rampasan Bernilai RM18.5 Juta Sehingga Mac

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2024 8:20PM

Komander Briged Tenggara, SAC Sheik Azhar Sheik Omar, menyampaikan sumbangan biskut raya kepada petugas di Balai Polis Jeram Perdah. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Pasukan Gerakan Am (PGA) Kelantan telah menahan 373 individu dan merampas pelbagai barang dianggarkan bernilai RM18.5 juta dalam menangani 431 kesalahan jenayah yang dikesan di sempadan negara sejak Januari hingga Mac lepas.

Komander Briged Tenggara, SAC Sheik Azhar Sheik Omar, berkata rampasan itu melibatkan barangan kontraban, dadah, senjata api dan lain-lain yang cuba diseludup melalui sempadan Malaysia-Thailand. 

"Kejayaan ini adalah hasil kolaborasi PGA bersama penguat kuasa lain yang berkongsi maklumat untuk membantu menumpaskan kegiatan penyeludupan.

"Kita terus komited dalam melaksnakan penugasan Op Taring Wawasan dengan penambahbaikan infrastruktur serta aset logistik bagi melancarkan penugasan untuk mengawal sempadan negara," katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan biskut raya kepada petugas di Balai Polis Jeram Perdah, di sini hari ini.

Sheik Azhar berkata, dalam tempoh sama pihaknya turut menahan 379 pendatang tanpa izin di sempadan Malaysia-Thailand melalui operasi yang dijalankan. 

"Sebanyak 322 lelaki dan 57 wanita telah ditahan dan majoriti daripada mereka berasal dari Myanmar, Thailand, Bangladesh, Pakistan, Kemboja, China dan India.

"Pendatang ini memasuki negara melalui pangkalan haram dengan pelbagai tujuan termasuk mencari peluang pekerjaan di negara ini," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menempatkan lebih 300 anggota untuk bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand melalui pelaksanaan Op Taring Wawasan sepanjang musim perayaan Aidilfitri bagi mengekang jenayah rentas sempadan.

"Anggota akan melakukan rondaan secara berkala 24 jam di kawasan Sungai Golok yang cetek bagi menghalang pergerakan keluar masuk secara haram. 

"Kita akan beri tumpuan di pangkalan haram seperti Ibrahim Pencen, selain turut menggunakan dron untuk mengawal sempadan termasuk menerima bantuan dari Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM). - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran