web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor, Tengku Permaisuri Selangor Zahir Takziah Kepada Keluarga Sister Edna Ryan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 5:41PM

Ucapan takziah yang dimuat naik ke akaun Selangor Royal Office.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengasas Sekolah Assunta, Datin Paduka Sister Enda Ryan, yang meninggal dunia Ahad lalu pada usia 96 tahun.

Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.

Menurut hantaran di akaun Facebook Selangor Royal Office, Sultan Sharafuddin turut menzahirkan penghargaan terhadap mendiang, yang telah banyak menabur bakti dalam bidang pendidikan dan kebajikan di Malaysia sejak tiba di Tanah Melayu pada 1955. 

"Di atas jasa dan sumbangan yang dicurahkan, Sultan Selangor telah mengurniakan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) kepada mendiang pada tahun 2007, yang membawa gelaran Datin Paduka," menurut hantaran tersebut.

Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menyampaikan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) pada 2007. - FB Selangor Royal Office
Sultan Sharafuddin Idris Shah ketika menyampaikan Darjah Kebesaran Dato' Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.) pada 2007. - FB Selangor Royal Office

Mendiang Enda Ryan juga pernah dianugerahkan sebagai Tokoh Guru Negeri Selangor pada tahun 1990.

Mendiang yang lahir pada 30 Disember 1928, di Galbally, Ireland merupakan pengasas dan bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Assunta di Petaling Jaya dan menjadi warganegara Malaysia pada Oktober 1966. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad