web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Hilang 4 Hari Ditemui Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 5:08PM

Gambar - IPD Kuala Terengganu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas Mohamad Ngah yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lepas, hari ini ditemukan telah meninggal dunia, kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor.

Beliau berkata pihaknya menerima aduan penemuan mayat mangsa yang berusia 67 tahun itu, daripada orang awam di sekitar tapak pembinaan di Kampung Banggol Katong, di sini pada jam 10.25 pagi tadi.

"Sepasukan polis dari Balai Polis Cabang Tiga diarahkan ke lokasi, sebelum bertemu dengan anak mangsa Mohd Nor Hisyam, 31, yang mengesahkan mayat tersebut milik bapanya.

"Polis percaya mangsa telah meninggal dunia kira-kira dua hari lepas. Mayat mangsa ditemukan dalam keadaan sempurna dan hasil pemeriksaan pada tubuh si mati mendapati tiada unsur jenayah atau kesan kecederaan luaran lain," katanya ketika dihubungi hari ini.

Azli berkata mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, adik mangsa Mohd Azis menerusi sebuah hantaran di media sosial melahirkan rasa syukur, kerana pencarian mereka sekeluarga mengesan abangnya yang lebih dikenali sebagai Din sejak Sabtu lepas, berakhir.

"Alhamdulillah, Allah makbulkan doa kami nak bawa Abang Din balik sebelum raya. Jasadnya sempurna. Terima kasih kepada yang membantu, mendoakan dan menyokong sepanjang empat hari Abang Din hilang," menurut hantaran itu.

Terdahulu, Bernama melaporkan Mohamad hilang selepas keluar dari rumahnya secara sehelai sepinggang tanpa membawa beg duit, telefon bimbit mahupun memakai topi keledar pada kira-kira jam 8 pagi Sabtu lepas.

Penjual ikan dan sayur itu dikhuatiri hilang oleh ahli keluarganya, kerana bapa kepada tiga orang anak itu mempunyai sejarah penyakit jantung dan lemah daya ingatan, selain baru sahaja sembuh daripada demam pada minggu sebelumnya. - Getaran, 9 April 2024

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 5 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar