web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


60.65 Tan Makanan Dan Minuman Diselamatkan Menerusi MySaveFood@Ramadan 2024 - KPDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2024 3:38PM

Program MySaveFood@Ramadan 2024. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pelaksanaan Program MySaveFood@Ramadan 2024 selama 26 hari di 139 bazar Ramadan berjaya menyelamatkan sebanyak 60.65 tan makanan dan minuman bernilai RM724,770.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata pencapaian MySaveFood@Ramadan 2024 itu turut meliputi pelepasan gas rumah hijau sebanyak 113,763 kilogram yang dapat dihalang.

Beliau berkata, satu ekosistem pengurusan lebihan makanan sedang dirangka untuk memperkasa pelaksanaan program sama pada tahun hadapan. 

Selain dapat menyelamatkan makanan yang masih elok beliau berkata, menguruskan sisa makanan terbuang secara sistematik untuk dijadikan baja kompos turut memberi banyak manfaat.

"Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan terus menyokong usaha murni ini dan berharap ia menjadi satu budaya yang dipraktikkan dalam skala lebih besar lagi pada tahun akan datang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Untuk rekod bagi tahun lepas, program berkenaan telah dijalankan di 55 bazar Ramadan dengan 25 tan makanan dan minuman bernilai RM300,000 berjaya diselamatkan.

MySaveFood @ Ramadan 2024 merupakan sistem pengurusan berstrategi melalui usaha menyelamatkan lebihan makanan dan minuman. 

Program itu dilaksanakan dengan mengumpulkan makanan dan minuman yang masih berkeadaan baik, tidak terjual di bazar Ramadan tertentu sebelum diagihkan kepada pelajar, rumah kebajikan, gelandangan dan golongan memerlukan.

Dijalankan dengan usaha sama KPDN dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia (Pemuda GEMA), program kali ini melibatkan 2,112 sukarelawan termasuk Gerakan Pengguna Siswa(GPS).

KPDN berharap usaha itu akan menjadi satu budaya untuk mengelakkan pembaziran makanan dan pada masa sama mengalu-alukan penyertaan badan korporat serta badan bukan kerajaan dalam pelaksanaan program seumpamanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar