web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Beberapa Lebuhraya Utama Masih Lancar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 9:30PM

Keadaan trafik dilaporkan terkawal tetapi berlaku sedikit peningkatan di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini lancar, dengan tiada sebarang kesesakan teruk dilaporkan berlaku.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara) dan Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan), keadaan dilaporkan terkawal manakala di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) berlaku sedikit peningkatan jumlah kenderaan.

"Setakat ini, semua laluan lebuh raya bergerak lancar kecuali di bahagian selatan tanah air iaitu di Tangkak, Johor menuju Jasin, Melaka yang terdapat peningkatan jumlah kenderaan," katanya kepada BERNAMA.

Beliau berkata aliran trafik Plaza Tol Karak menghala Pantai Timur juga mulai sesak, disebabkan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing susulan tol percuma selama dua hari bermula hari ini.

Akaun rasmi Twitter PLUS Trafik pula memaklumkan terdapat kemalangan yang dilaporkan berlaku di beberapa kawasan di lebuh raya antaranya di Kilometer(KM) 172.9 arah utara dari Tangkak ke Jasin dan KM265.7 arah selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U), menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran