web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Maut Dalam Kemalangan Babitkan 4 Kenderaan Di Gua Musang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Apr 2024 12:17PM

gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GUA MUSANG - Seorang lelaki warga emas maut, manakala dua lagi cedera parah dalam satu kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 27, Jalan Gua Musang - Kuala Krai semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Supt Sik Choon Foo berkata, dalam kejadian kira-kira 3.45 petang, mangsa, Wan Jusoh Ab Rahman, 70, memandu kenderaan jenis Perodua Kancil bersama tiga penumpang dipercayai dirempuh kenderaan jenis Honda City yang hilang kawalan di lokasi kejadian.

Susulan itu, Sik berkata, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian badan, tangan dan patah kaki.

"Siasatan awal mendapati mangsa yang memandu dari arah Kuala Krai-Gua Musang telah bertembung dengan sebuah kenderaan dari arah Gua Musang- Kuala Krai yang terbabas masuk ke laluan bertentangan dan turut melanggar dua lagi kenderaan jenis Perodua Axia serta Proton Persona," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Sik berkata, mangsa yang tersepit di bahagian hadapan kenderaan berjaya dikeluarkan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik, Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat dan mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama bagi mendapatkan rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, IPD Gua Musang melalui talian 099121222 atau pegawai penyiasat 0133010408 bagi membantu siasatan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad