web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tapak Kasut Didakwa Ada Kalimah Allah, JAKIM Diarah Siasat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 7:54PM

Logo seakan menyerupai kalimah Allah pada tapak kasut jenama Vern’s yang tular di media sosial - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) telah diarah memanggil pihak berkaitan untuk mendapatkan penjelasan berhubung dakwaan kewujudan kalimah Allah di tapak kasut jenama Vern’s.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada JAKIM  serta pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.

“Saya ingin merujuk kepada satu perkongsian yang tular di media sosial menunjukkan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah.

“Saya telah mengarahkan JAKIM  untuk memanggil pihak berkaitan pada esok hari, 8 April bagi mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya. 

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas logo di tapak kasut Vern’s yang didakwa direka menyerupai kalimah Allah, seperti tular di media sosial hari ini.

Tegas Mohd Na’im, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak sekiranya jelas mereka membuat tindakan yang menghina agama Islam.

Hari ini di Facebook, seorang lelaki mendakwa sepasang kasut daripada jenama Vern’s yang dibeli di pusat beli belah di Kuantan, Pahang memiliki logo seakan kalimah Allah pada bahagian tapak. 

Ia menjadi perdebatan di media sosial, apabila ada sejumlah besar netizen mendakwa ia adalah logo kasut bertumit tinggi yang berhias reben. 

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa syarikat terbabit segera tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

"Saya terbaca satu hantaran yang memaklumkan ia adalah logo seperti kasut tumit tinggi dengan talinya sekali. Begitu juga dari pandangan mata saya.

“Ada logiknya tetapi apa-apa pun kita mendesak penjelasan segera daripada Vern's berkenaan isu ini," katanya di Facebook. - Getaran, 7 April 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 34 minit yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad