web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penumpang Diminta Rakam Gambar, Video Sebelum Buat Aduan Secara Dalam Talian

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2024 12:13PM

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan ketika bercakap dengan media. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Pemandu kenderaan yang sering melakukan kesalahan lalu lintas tidak akan terlepas, kerana kini banyak mata yang melihat dan merakamkan perbuatan mereka.

Ia susulan gesaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk penumpang kenderaan lain yang berada di atas jalan raya untuk merakam gambar dan video ketika mereka melakukan kesalahan berkenaan.

Berbekalkan gambar berkenaan, penumpang terbabit boleh membuat aduan secara dalam talian menggunakan aplikasi MyJPJ di sepanjang musim perayaan ini.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan, berkata rakaman oleh penumpang itu bakal membantu pihaknya mengambil tindakan terhadap kenderaan yang melanggar undang-undang serta membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, orang ramai boleh memuat naik gambar dan video kesalahan dilakukan melalui aplikasi berkenaan serta perlu memaklumkan beberapa perincian mengenai kesalahan termasuk masa dan tempat.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan ketika meninjau pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi
Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan ketika meninjau pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar. - gambar Rafisqi Radhi

"Yang ambil video itu bukan individu yang sedang memandu sebaliknya isteri, saudara-mara, kawan atau penumpang dalam kenderaan yang berada di jalan raya. Jika mereka nampak ada kenderaan lain lakukan kesalahan di jalan raya, boleh rakam gambar atau video untuk buat e-aduan dalam aplikasi MyJPJ.

"Kalau mereka yang sedang memandu, memang kita tak benarkan untuk merakam kerana tindakan sedemikian membahayakan. Penumpang lain mungkin boleh membantu dengan merakamkan tindakan pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan seperti penggunaan telefon bimbit oleh mana-mana pemandu.

"Keprihatinan mereka ini membantu kami mengambil tindakan terhadap mana-mana pemandu yang tidak mematuhi peraturan. Setakat ini, 95 peratus daripada aduan diberikan orang ramai melalui aplikasi tersebut berjaya dikenakan kompaun," katanya.

Beliau berkata, demikian dalam sidang akhbar selepas meninjau pelaksanaan Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2024 di Terminal Bas Shahab Perdana di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Lokman berkata, pihaknya meneruskan 'tradisi' sebelum ini dengan menempatkan pegawai JPJ dalam kenderaan tertentu seperti bas ekspress bagi menyamar sebagai penumpang.

"Pegawai ini akan memantau tindakan pemandu di sepanjang perjalanan. Jika pemandu tersebut melakukan kesalahan, tindakan akan diambil serta-merta," katanya.

Mengulas mengenai pelaksanaan HRA, beliau memaklumkan sebanyak 163,558 kenderaan telah diperiksa bermula 1 hingga 5 April lalu.

Dalam tempoh itu katanya, sebanyak 39,066 saman bagi pelbagai kesalahan telah dikeluarkan berikutan kegagalan pemandu mematuhi undang-undang.

"Saman terbanyak dikeluarkan kerana tiada lesen iaitu sebanyak 10,405 diikuti lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (7,339), isu teknikal seperti pengubahsuaian kenderaan tanpa kebenaran (6,821) dan tiada insurans (6,094).

"Selain itu sebanyak 1,730 saman dikeluarkan kepada pemandu yang melakukan kesalahan-kesalahan utama seperti memandu laju, melanggar lampu merah, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pemeriksaan di Terminal Bas Shahab Perdana bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semalam mengesan dua pemandu bas disyaki menggunakan bahan terlarang iaitu dadah.

"Kedua-dua mereka sepatutnya membawa penumpang menuju ke Pantai Timur dan apa yang menyedihkan, mereka berumur lebih dari 60 tahun.

“Itu menunjukkan yang kita tidak boleh cepat membuat konklusi mengenai umur pemandu yang melakukan kesalahan sebaliknya perlu membuat pemeriksaan secara keseluruhan.

"Sebelum ini ada tiga kesalahan sama dikesan di Sarawak dan Kota Bharu. Bayangkan jika mereka dibenarkan membawa penumpang menuju ke destinasi, sudah itu itu sesuatu yang membahayakan.” Katanya. - Getaran 7 April 2024.

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad