web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kaki Judi Cedera Terjun Bangunan

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jun 2021 2:33PM

Asmadi (dua dari kiri) bersama peralatan judi yang dirampas di sebuah premis di Kampung Simee, Ipoh, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Tiga lelaki yang sedang asyik berjudi bertindak nekad terjun dari tingkat tiga sebuah premis di Kampung Simee, di sini, semalam, bagi mengelak ditahan polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.15 petang itu, ketiga-tiga mereka mengalami pelbagai kecederaan antaranya patah pergelangan tangan, bahu, pinggang, kaki dan tulang rusuk.

Difahamkan, ketiga-tiga suspek itu bersama 8 lagi rakan mereka berusia 41 hingga 66 tahun sedang asyik melakukan aktiviti judi jenis jim rami batu di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner (ACP) A Asmadi Abd Aziz berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai berhubung sekumpulan individu di premis berkenaan, sebelum sepasukan anggota dari Balai Polis Sungai Senam menyerbu lokasi kejadian.

Katanya, tiga suspek yang terkejut dengan serbuan kemudiannya bertindak terjun, mengakibatkan mereka cedera sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan.

“Polis berjaya merampas dua meja jim rami, 114 jim rami batu, dua dadu, 119 token dan kerusi.

"Modus operandi mendapati mereka menggunakan token dalam permainan itu sebelum ditukar dalam bentuk wang tunai selepas tamat permainan ," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh, di sini, hari ini.

A Asmadi berkata, kesemua suspek itu ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

A Asmadi berkata, kesemua mereka turut dikenakan kompaun RM10,000 setiap seorang, manakala seorang yang juga pemilik premis dikompaun RM25,000 selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). - Getaran, 4 Jun 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 17 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad