web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MINDEF Laksana Pharmagrad Untuk Anak-anak Tentera, Veteran

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Apr 2024 8:41AM

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menyempurnakan pelancaran Pharmagrad dan BHPetrol Protege pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama Pengamal Media. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan (MINDEF) melaksanakan program Pharmagrad iaitu latihan industri bersama Pharmaniaga yang dikhususkan untuk anak-anak anggota tentera dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata anak anggota dan veteran ATM yang juga graduan dalam bidang seperti farmaseutikal, biomedikal, kimia, kejuruteraan, logistik, teknologi maklumat dan kewangan berpeluang menjalani latihan industri selama lapan bulan bersama Pharmaniaga. 

"Bermula tahun hadapan, sebanyak 120 tempat akan diperuntukkan oleh Pharmaniaga Berhad menerusi program Pharmagrad," katanya dalam ucapan pada Majlis Berbuka Puasa Menteri Pertahanan bersama Pengamal Media di sini, semalam.

Selain Pharmagrad, Mohamed Khaled berkata, kementerian turut menjalankan program latihan keusahawanan PROTEGE-RTW dengan kerjasama BHPetrol bagi meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur.

"... dan ia terbuka kepada graduan anak-anak ATM dalam semua bidang. PROTEGE-RTW ini akan melibatkan antara lainnya latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang terlibat dalam tempoh lapan hingga 12 bulan," katanya.

Beliau berkata, BHPetrol akan memperuntukkan 22 tempat setiap tahun untuk tempoh tiga tahun dengan jumlah keseluruhan sebanyak 66 penempatan. 

“Pemilihan calon akan dibuat berdasarkan kriteria yang telah digariskan mengikut kesesuaian. Bilangan ini akan disemak semula mengikut keperluan pada tahun-tahun yang akan datang," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar