web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendakwaan Bantah Permohonan Muhyiddin Cabar Keputusan Mahkamah Rayuan Kes Salah Guna Kedudukan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 3:49PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak pendakwaan membantah permohonan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mendapatkan kebenaran Mahkamah Rayuan bagi menyemak keputusan dibuat oleh panel hakim sebelum ini yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kedudukan membabitkan RM232.5 juta terhadap bekas perdana menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi hari ini. 

Menerusi dokumen diperoleh media, bantahan awal itu difailkan pendakwaan pada 1 April lepas atas alasan permohonan Presiden Bersatu itu adalah remeh dan penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 28 Februari lepas, Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Muhyiddin daripada empat pertuduhan berkenaan.

Sementara itu, semasa prosiding di Mahkamah Sesyen, Wan Shaharuddin memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan berikutan pihak pendakwaan telah menyerahkan dokumen berkaitan kes kepada pembelaan minggu lepas. 

"Mohon tarikh bicara ditetapkan atas alasan pihak pembelaan tidak memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes di Mahkamah Sesyen," katanya.

Bagaimanapun, peguam Datuk Seri K. Kumaraendran memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain kerana pihak pembelaan perlu meneliti dokumen yang diperoleh pihak pendakwaan.

Seorang lagi peguam Muhyiddin, Amer Hamzah Arshad pula berkata, adalah terlalu awal untuk mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kerana mahkamah juga perlu memutuskan permohonan anak guamnya untuk membatalkan tiga pertuduhan pengubahan wang haram dihadapinya.

"Tambahan pula terdapat permohonan oleh pihak pendakwaan untuk kes dihadapi anak guamnya iaitu penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram dibicarakan bersama," kata peguam itu. 

Azura kemudian menetapkan 8 Mei untuk pengurusan kes.

Muhyiddin, 76, sebagai perdana menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta berkaitan Projek Jana Wibawa daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff, bagi parti berkenaan.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.

Presiden Bersatu itu juga berdepan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun CIMB Bank milik Bersatu di CIMB Bank Cawangan Menara KL, Jalan Stesen Sentral di sini antara 25 Februari dan 16 Julai 2021 serta 8 Februari dan 8 Julai 2022.

Muhyiddin juga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac tahun lepas atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini untuk dibicarakan bersama. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad