web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KK Mart Sungai Isap: Polis Giat Kesan Seorang Individu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 11:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis percaya hanya seorang individu terlibat dalam kejadian membaling bom petrol atau molotov cocktail di cawangan KK Mart Sungai Isap di sini sehingga menyebabkan berlaku kebakaran kecil pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata maklumat itu diperoleh berdasarkan pemeriksaan terhadap beberapa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

"Justeru, usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kita juga akan lihat CCTV lain yang dapat membantu siasatan," katanya ketika ditemui pemberita semasa Kempen Pencegahan Jenayah di Bazar Aidilfitri Dataran Sekilau di sini malam tadi.

Wan Mohd Zahari berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan. 

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, semalam dilaporkan berkata, polis telah merakam keterangan empat individu bagi membantu siasatan selain Unit Kereta Peronda (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) telah diarahkan meningkatkan rondaan di cawangan KK Mart di seluruh negeri ini. 

Pada 30 Mac lepas, cawangan KK Mart yang baru beroperasi dua minggu itu dibaling bom petrol daripada individu tidak dikenali sehingga menyebabkan empat rak jualan serta beberapa barangan jualan rosak. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 20 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran