web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kementerian Pengangkutan Yakin ECRL Siap Disember 2026, Mula Operasi Januari 2027 - Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:46AM

Menteri Pengangkutan Anthony Loke (tengah) bergambar selepas Majlis Penyerahan Sijil ISO kepada Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Datuk Seri Darwis Abdul Razak (dua, kiri) pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pengangkutan hari ini. Turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah (tiga, kiri) dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan Datuk Jana Santhiran Muniayan (tiga, kanan). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027 sekali gus menjimatkan masa perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dalam masa empat jam.

Menteri berkenaan Anthony Loke Siew Fook, berkata projek berkenaan telah mencatat kemajuan sebanyak 64 peratus setakat Mac 2024 bagi keseluruhan jajaran yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor. 

“Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pemasangan landasan, pembinaan stesen dan pembinaan depot kereta api.

"Sepanjang 665 kilometer (km), projek infrastruktur kebangsaaan ini merangkumi lebih 1,900 tapak kerja dan hampir 650 sedang aktif dalam pelbagai aktiviti pembinaan," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Ramadan 2024 bersama warga Kementerian Pengangkutan, projek ECRL dan pihak berkepentingan ECRL di sini, semalam.

Katanya, kerja-kerja pengorekan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39km dengan kombinasi kaedah "gerudi dan letup" beserta mesin pengorek terowong telah mencapai kedalaman melebihi 8km bagi kedua-dua bahagian terowong.

"Ini bermakna Terowong Berkembar Genting dijangka dapat mencapai penembusan pada suku kedua 2025 sekali gus menjadikannya terowong rel terpanjang di Asia," katanya. 

Loke berkata, kerja-kerja jambatan projek ECRL juga berjalan lancar dengan pemasangan rasuk jejambat untuk 155 jambatan daripada jumlah keseluruhan 219 jambatan, telah berjaya disempurnakan setakat Februari 2024.

Beliau berkata, kerja-kerja pemasangan landasan sejauh 92km telah siap pada akhir Februari 2024, iaitu sebulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Justeru, mesin pemasangan trek model 'CCPG-500A' yang canggih serta julung kali diguna pakai dalam industri rel di Malaysia, telah mula melaksanakan kerja-kerja pemasangan landasan ECRL bagi fasa kedua dari Kuantan Port City ke Maran di Pahang sejak 9 Mac lepas.

"Kerja-kerja pemasangan landasan fasa kedua sepanjang 97km ini dijangka siap pada Jun 2024, dan seterusnya membolehkan kerja-kerja pemasangan landasan dijalankan antara Dungun, Terengganu dan Kota Bharu.

"Selain itu, kerja-kerja pemasangan sistem elektrifikasi untuk kereta api ECRL akan bermula seawal Mei tahun ini di kawasan Stesen Cherating, Pahang dan disusuli dengan lokasi di mana pemasangan landasan telah siap," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad