web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelaksanaan SHMMP 15 Hari Bermula 5 April, Libatkan 22 Barangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2024 8:31AM

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali ketika meninjau harga barangan di pasaran. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NILAI - Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan Aidilfitri melibatkan 22 barangan dilaksanakan selama 15 hari bermula 5 hingga 19 April.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata barangan di bawah skim itu termasuk daging lembu tempatan kecuali daging batang pinang, daging lembu import, daging kerbau import, ikan kembung, ikan selayang, ikan tongkol dan ikan demuduk. 

Barangan lain termasuk tomato, cili merah, kubis bulat import, kacang panjang, timun, sawi hijau, halia tua import, bawang besar merah import, bawang besar kuning, bawang putih China, bawang kecil merah India, ubi kentang import, cili kering kerinting, kacang tanah, kelapa biji dan kelapa parut.

"Skim ini dilaksanakan bagi mengelakkan harga barangan dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab terutamanya kepada barangan yang mempunyai permintaan tinggi seperti daging, bawang dan sebagainya," katanya dalam sidang media di sini, semalam.

Armizan berkata, SHMMP itu dikuatkuasakan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dan membolehkan penentuan harga dibuat terhadap peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut melaksanakan pemantauan berterusan untuk memastikan keberadaan bekalan barangan adalah mencukupi. 

Menurutnya, pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat beli-belah barangan keperluan perayaan.

"Pemilihan barangan ini juga berdasarkan penglibatan serius dilakukan bersama pihak industri iaitu pengeluar dan pemborong ... kita harapkan skim ini dapat mengurangkan beban ditanggung masyarakat dalam persiapan menyambut Aidilfitri," katanya.

Dalam pada itu, mengenai harga ayam walaupun tidak tersenarai dalam skim berkenaan, Armizan percaya harga ditawarkan oleh peniaga bersempena dengan musim perayaan ini adalah stabil.

"Hasil pemantauan kita, harga ayam di pasaran dan jaminan daripada (KPKM), bekalan ayam mencukupi ... jadi kita lihat harga ayam di pasaran adalah stabil.

"Sekiranya mendapati berlakunya kenaikan harga ayam yang tidak wajar, aduan boleh dilakukan melalui portal KPDN dengan menyatakan maklumat tepat supaya tindakan segera dapat dilakukan mengikut AKHAP 2011," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 32,348 premis diperiksa di seluruh negara dalam Op Pantau bermula 12 Mac hingga semalam membabitkan nilai kompaun RM19,100.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 146 kes dikesan menerusi 1,030 laporan diterima melibatkan pelbagai kategori aduan. 

Op Pantau bertujuan memantau aktiviti perniagaan sepanjang Ramadan dan Syawal dengan penguatkuasaan dijalankan secara berfokus di bazar Ramadan dan Aidilfitri, pasar awam dan basah, pasar raya besar, kedai runcit dan penjualan dalam talian. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad