web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penahanan Lelaki Israel: Polis Siasat Kemungkinan Suspek Seorang Pengintip

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 8:26PM

Razarudin Husain pada sidang media khas di Bukit Aman - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat daripada pelbagai sudut berhubung motif seorang lelaki warga Israel masuk ke negara ini termasuk kemungkinan dakwaan suspek merupakan seorang pengintip.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain juga tidak menolak kemungkinan suspek yang dikenali sebagai Shalom Avitan bertindak sebagai seorang koordinator atau armourer (tukang senjata) dan siasatan terperinci penting untuk mengetahui tujuan sebenar suspek membeli enam pucuk senjata.

"Apa yang kita lihat sekarang ini ialah seorang lelaki warga asing masuk ke Malaysia dan bagaimana dia boleh dapatkan senjata hanya dalam masa beberapa hari dia berada di sini. Ini perlu atas keselamatan negara dan ketenteraman awam.

"Saya melihat (impak memiliki) enam senjata api. Pasal itu saya cakap siasatan perlu dilakukan menyeluruh. Kalau (mungkin) hari raya nak buat kekacauan, kalau tak ditangkap, hari raya dia havoc, tidakkah nanti kacau (susah) kita?" katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Razaruddin berkata hasil siasatan mendapati enam senjata api itu diperoleh dari Thailand dan dibeli dengan harga RM10,000 bagi setiap pucuk pistol.

Beliau berkata enam senjata yang dirampas daripada suspek hasil serbuan sebelum ini ialah jenis Sig Sauer, Smith & Wesson, Glock dan 200 butir peluru.

"Memang senjata api ini diambil dari Thailand ….. jadi, saya kena mengakui ada kelompangan di situ (kawasan sempadan antara Thailand) yang membolehkan senjata api dibawa masuk ke negara, katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, polis akan terus mempertingkatkan kawalan di sempadan terutama di kawasan yang dijaga oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk mengelakkan daripada terus berlaku ketirisan dan masalah penyeludupan kontraban.

Sementara itu, Razarudin berkata suspek dapat masuk ke negara ini kerana menggunakan pasport Perancis yang tulen dan berikutan itu tiada sebarang sekatan terhadapnya.

"Alamat pasport lelaki itu juga di negara berkenaan (Israel) dan apabila dia memasuki negara ini menggunakan pasport Perancis, maka kita tiada halangan selepas beranggapan individu terbabit ialah warganegara pasport yang dibawanya," kata beliau.

Mengulas tentang hubungan pasangan suami isteri tempatan berumur 42 dan 40 tahun yang ditahan di rumah mereka di Kuala Selangor dengan suspek pula, Razarudin berkata masing-masing tidak mengenali satu sama lain.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas apabila ditanya tentang cara suspek berhubungan dengan pasangan suami isteri itu serta kaedah senjata api berkenaan diserahkan.

"Mereka tidak mengenali antara satu sama lain. Tetapi cara senjata api sampai ke negara ini saya tidak boleh cerita semua, kalau tidak lemah siasatan saya .... Saya perlu menjaga siasatan yang sedang dijalankan pihak polis," katanya.

Sementara itu, polis sedang memburu lebin dua lagi individu termasuk warga asing yang disyaki dapat membantu dalam urusan jual beli dan pemilikan senjata yang ditemukan bersama lelaki warga Israel terbabit.

Beliau berkata lelaki warga Israel itu kini direman hingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Pasport 1966 serta Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, manakala pasangan suami isteri itu direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

Sebarang proses susulan untuk sambung reman, katanya akan dimohon sekiranya pihak polis masih memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 12 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad