web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TH Umum Agihan Keuntungan 3.10 Peratus

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2024 12:50PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini mengumumkan agihan keuntungan 3.10 peratus selepas zakat bagi tahun kewangan 2023, sama seperti tahun lepas.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, berkata jumlah keseluruhan agihan keuntungan berkenaan melibatkan RM2.72 bilion yang akan memberi manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit TH.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul agihan keuntungan sejak penubuhan TH selama 60 tahun adalah sebanyak RM42.88bilion sehingga kini," katanya pada sidang media pengumuman kadar agihan keuntungan TH tahun kewangan 2023, di sini, hari ini. 

Turut hadir Pengerusi TH Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Syed Hamadah Syed Othman serta Pengarah Eksekutif Kewangan Kumpulan Mustakim Mohamad.

Mohd Na'im berkata, agihan keuntungan TH 2023 mematuhi Akta Tabung Haji 1995 iaitu dilaksanakan setelah penyata kewangan TH tahun lepas selesai diaudit Jabatan Audit Negara dan mengambil kira rosot nilai terutamanya pelaburan legasi pajakan hartanah di Arab Saudi serta pelaburan hartanah di United Kingdom.

Mohd Na'im turut mengumumkan pelunasan zakat RM101 juta kepada semua Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi pihak pendeposit untuk tahun lepas, dengan diselaraskan berdasarkan nisbah baki simpanan pendeposit mengikut negeri.

"TH berharap pelunasan zakat ini secara langsung atau tidak langsung dapat membantu usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar di seluruh negara," katanya dan menambah sehingga kini, jumlah terkumpul zakat yang dilunaskan bagi pihak pendeposit adalah RM1.37 bilion.

Katanya, pendeposit TH boleh memeriksa keuntungan yang dikreditkan ke akaun masing-masing bermula 12 tengah hari ini, menerusi platform THiJARI, kaunter TH, kaunter Bank Islam serta Bank Rakyat, selain saluran elektronik bank rakan strategik TH iaitu Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic,CIMB Islamic dan AmBank Islamic. 

Mengenai Program Zakat Wakalah TH, Mohd Na'im berkata, TH telah menyantuni lebih 560,000 asnaf di seluruh negara pada tahun lepas dan secara keseluruhannya, lebih daripada 1.6 juta asnaf telah menerima manfaat dari Program Zakat Wakalah TH.

Sementara itu, Syed Hamadah berkata, pengiraan agihan keuntungan TH 2023 adalah berdasarkan purata baki simpanan terendah setiap bulan sepanjang tahun, iaitu sebagaimana pengiraan tahun-tahun sebelum ini.

Beliau berkata, sebagai institusi simpanan bagi tujuan menunaikan ibadat haji, TH akan memberi penekanan kepada pelaburan yang bertanggungjawab dan mengambil pendekatan kepelbagaian portfolio pelaburan yang mensasarkan potensi penjanaan berdaya tahan, selamat dan mampan.

"TH juga sentiasa berusaha bagi menambah baik perkhidmatan dengan melaksanakan pembaharuan bagi menambah nilai untuk manfaat pendeposit," katanya. -BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 57 minit yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad