web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jawatankuasa Teknikal MA63 Bincang Isu Pendidikan, Kesihatan April Ini - Fadillah Yusof

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:25PM

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita Matang, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Satu mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JKTMTPMA63) akan diadakan dalam tempoh dua minggu bagi memuktamadkan isu pendidikan dan kesihatan di Sabah dan Sarawak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, mesyuarat itu susulan perbincangan peringkat pegawai yang telah selesai diadakan Sarawak bagi mengenal pasti isu kuasa yang boleh diserahkan kepada kerajaan negeri dalam pengurusan hal ehwal pendidikan dan kesihatan.

"Seperti yang dipersetujui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungannya semalam, misalnya sekolah yang dibina oleh kerajaan Sarawak itu kualiti dan kosnya lebih murah yang sama standard seperti yang ditetapkan, maka akan dilaksanakan ikut persetujuan," katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Ahli Parlimen Petra Jaya berkata demikian kepada pemberita, selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Duit Raya anjuran Lembaga Amanah Kebajikan Muslim Kampung Gita Matang di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kekangan kerajaan Persekutuan sekarang adalah dari segi peruntukan wang bagi melaksanakan projek pembinaan seperti sekolah dan hospital.

"Misal kata, kerajaan negeri memerlukan supaya Sarawak dapat menubuhkan Pusat Kanser sendiri, tetapi disebabkan peruntukan dan juga berapa dasar lain, maka semalam telah dipersetujui akan diwujudkan jawatankuasa antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

"Secara prinsip akan membenarkan kerajaan negeri untuk mendahulukan dana pembinaan pusat kanser tersebut dan kerajaan Persekutuan akan membiayainya kemudian hari secara perundingan dan kaedah bayarannya," katanya.

Semalam, semasa Taklimat Pembangunan Sarawak di Kota Samarahan, Perdana Menteri bersetuju supaya satu jawatankuasa khas antara kerajaan Persekutuan dan Sarawak ditubuhkan bagi memperhalusi isu sektor pendidikan dan kesihatan di negeri itu tanpa birokrasi.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, jawatankuasa berkenaan berbeza dengan Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri kerana ia menjurus kepada projek pendidikan dan kesihatan Persekutuan.

"Pegawai (kerajaan) negeri akan bekerjasama dengan pegawai Persekutuan bagi membincangkan perkara yang perlu diambil tindakan segera agar kurang birokrasi dan pastikan projek (berkaitan dua sektor) ini dilaksanakan dengan segera," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Rencana 4 minggu yang lalu

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Hari Gawai: Lambang Perpaduan Rakyat Sarawak, Contoh Keharmonian Malaysia - Fadillah

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad