Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Aras Niaga Developement Saman SSI Kedah RM310 Juta

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:19PM

Muhamad Anas Mohamad Anuar (tengah) bersama barisan peguam menunjukkan writ saman yang dihantar kepada ketiga-tiga defendan pada 27 Mac lalu dalam sidang akhbar hari ini - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Syarikat Aras Niaga Development Sdn. Bhd. memfailkan tuntutan saman berjumlah RM310 juta terhadap Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri (SSI) Kedah berhubung projek perlombongan bijih besi yang didakwa masih belum mempunyai kata putus sejak beberapa tahun lalu.  

Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Aras Niaga Berhad, Datuk Muhamad Annas Mohamad Anuar berkata, tiga defendan dinamakan dalam tuntutan tersebut iaitu SSI Kedah, Pengurus Besar SSI dan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Kedah. 

Katanya, sejumlah RM300 juta yang dituntut merupakan ganti rugi khas kerana SSI didakwa mungkir janji terhadap perjanjian tambahan berhubung projek tersebut, yang mahu dilaksanakan di tanah seluas 255 hektar dalam Mukim Semeling, Kuala Muda. 

"RM10 juta lagi merupakan tuntutan ganti rugi 'quantum meruit' ke atas kerja dan segala tindakan untuk melaksanakan projek tersebut yang secara dasarnya dipersetujui semua defendan. 

"RM310 juta merupakan jumlah minimum dan itu belum termasuk ganti rugi akibat kesusahan, malu, kehilangan reputasi, kesusahan kewangan dan tekanan mental.

"Tuntutan tersebut telah difailkan pada 25 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Alor Setar dan diserahkan kepada kesemua defendan, dua hari kemudian," katanya dalam sidang akhbar di sebuah hotel dekat sini, hari ini. 

Melalui writ saman dilihat Getaran, syarikat itu turut meminta satu perintah spesifik dari mahkamah untuk melaksanakan perjanjian tambahan berkenaan dan mengabsahkan niat serta tujuan perjanjian tersebut. 

Selain itu, syarikat tersebut meminta supaya mahkamah mengabsahkan bahawa projek berkenaan termasuk di bawah naungan dan lindungan maksud 'pertanian' dalam Kanun Tanah Negara. 

Terdahulu Muhamad Anas menjelaskan, pada 1 Oktober 2020, Aras Niaga Development Sdn. Bhd. telah menerima pajakan tanah seluas 225 hektar untuk tempoh 45 tahun dari SSI bagi tujuan pertanian. 

Muhamad Annas Mohamad Anuar - gambar Rafisqi Radhi
Muhamad Annas Mohamad Anuar - gambar Rafisqi Radhi

Dalam tempoh itu katanya, pihaknya telah bekerjasama dengan Permodalan  Kedah Berhad untuk menjayakan projek perlombongan bijih besi. 

"Untuk menjayakan projek itu, kami telah diarahkan untuk membuat laporan lengkap dan dipanggil membuat pembentangan. Namun selepas kami melakukan pembentangan bersama laporan lengkap berkaitan projek tersebut, tiada keputusan muktamad untuk projek berkenaan diteruskan sedangkan sedangkan kami telah mengeluarkan modal untuk melaksanakan keperluan tertentu. 

"Kami berunding dengan banyak syarikat operator untuk melaksanakan kerja-kerja perlombongan malah kos untuk menyediakan laporan lengkap itu dari konsultan berkelayakan, telah kami tanggung sebanyak RM300,000. Tetapi tiada maklum balas positif atau keputusan muktamad berkaitan permohonan proprietary mining license (PML) bagi membolehkan kerja-kerja perlombongan dijalankan," katanya. 

Tambahnya, ketika ini keadaan syarikat itu seolah-olah 'tergantung' ketika mereka masih perlu membayar nilai pajakan tanah tersebut sebanyak RM183,000 setahun. 

"Dalam tempoh dua tahun ini, kami berusaha untuk mengadakan pertemuan dengan beberapa pihak tetapi hingga kini gagal mendapat jawapan serta alasan munasabah yang menyebabkan projek itu tidak berjalan, menyebabkan kami membawa perkara ini ke mahkamah.

"Ketika saya bersemuka dengan seorang daripada defendan, kami diminta menyerahkan kembali tanah dipajak itu dan sudah tentu kami tidak bersetuju untuk berbuat demikian," katanya. 

Sementara itu Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Norizan Khazali mengesahkan pihaknya sudah menerima notis saman daripada syarikat berkenaan beberapa hari lalu dan akan merujuknya kepada Penasihat Undang-Undang Negeri untuk tindakan lanjut. 

"Saya akan rujuk Penasihat Undang-Undang Negeri... Ini bukan kes baharu sebaliknya kes lama iaitu dua atau tiga tahun lepas," katanya. - Getaran, 31 Mac 2024.

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan

Semasa 22 jam yang lalu

Didakwa Mahu Buka Kasino Di Forest City, Berjaya Corporation Buat Laporan Polis

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Negara Pertama Terima Visa Haji