web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa:MAIWP Peruntuk Lebih RM1.6 Juta Bantu 10,000 Penuntut IPT

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2024 12:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan lebih RM1.6 juta untuk membawa pulang 10,000 mahasiswa dari beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) di sekitar Lembah Klang, ke kampung halaman masing-masing sempena cuti Aidilfitri nanti. 

Pengerusi MAIWP, Syed Kamarulzaman Syed Kabeer, berkata menerusi program Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa, pihaknya bekerjasama dengan lapan universiti iaitu Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP yang melibatkan 2,040 pelajar, Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) (1,560), Universiti Malaya (UM) (1,800), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) (1,140).

Selain itu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) masing-masing 1,120 pelajar, Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) (794) dan Kolej Islam Antarabangsa (KIA) (426).

"Sumbangan ini merangkumi bantuan tiket bas, bantuan tiket kapal terbang dan wang saku bernilai RM100 seorang dengan melibatkan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM1.628 juta," katanya ketika berucap sebelum melancarkan program 'Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa' di UPTM di sini malam tadi.

Beliau berkata, perjalanan pertama ini sahaja, sebanyak 25 bas yang membawa 880 pelajar telah menuju ke Melaka, Johor, Perak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang dan Kelantan selain 600 pelajar diterbangkan ke Sabah dan Sarawak, Rabu lepas.

Dalam masa sama, Syed Kamarulzaman turut mendoakan semoga perjalanan pelajar pulang ke kampung berjalan lancar dan semua penuntut selamat sampai ke destinasi masing-masing. 

"Gunalah peluang cuti raya ini dengan penuh manfaat, bergembira bersama keluarga. Hari Raya adalah masa untuk mengerat hubungan keluarga dan sillaturrahim. Ingatlah untuk sentiasa bersyukur atas nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT," katanya.

Sementara itu, Syed Kamarulzaman berkata, pihaknya turut meneruskan inisiatif 'Gerobok Rezeki' di sekitar Lembah Klang pada tahun ini dengan kerjasama Persatuan Empayar Kebajikan Malaysia yang bertujuan membantu masyarakat terutamanya yang terjejas untuk mendapatkan barangan keperluan harian secara percuma.

Beliau berkata, inisiatf yang dilaksanakan sejak 2019 itu, adalah untuk memberi sumbangan berbentuk makanan asas serta peralatan belajar dan barangan kebersihan diri bagi tempoh setahun kepada 10 universiti dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM3 juta.

Antara universiti terlibat adalah UM, UPNM, UPTM, UKMKL, KIA, UTMKL, Politeknik Kuala Lumpur, Universiti Sains Islam Malaysia Kuala Lumpur, Kolej Queens Kuala Lumpur dan Universiti Kuala Lumpur.

“Saya mengucapkan berterima kasih kepada semua IPT yang terlibat dalam program Gerobok Rezeki. Ini membuktikan pihak universiti sentiasa peka dengan permasalahan dan keperluan pelajar-pelajar. Saya berharap tidak ada pelajar mengikat perut atau terpaksa menahan lapar akibat kekangan kewangan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 16 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad