web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Haji Furada: Syarikat Pelancongan Diperintah Bayar RM634,000 Kepada 25 Bekas Pelanggan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 8:16PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan syarikat pelancongan Hajar Sazrul Travel & Tours Sdn Bhd (HSTT) membayar baki bayaran pakej haji menggunakan visa furada berjumlah RM634,000 kepada 25 bekas pelanggannya.

Mereka terdiri daripada kumpulan 15 individu yang telah berlepas ke Jeddah selepas menerima e-visa, namun terkandas di Lapangan Terbang King Abdul Aziz kerana visa terbabit adalah palsu, manakala 10 lagi belum berlepas kerana tidak menerima e-visa, walaupun sudah menjelaskan semua bayaran pakej haji dalam insiden pada 2019.

Menerusi keputusan yang disampaikan secara dalam talian, Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan kesemua 25 individu selaku plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan terhadap syarikat itu yang dinamakan sebagai defendan dalam saman berkenaan.

Loke turut menolak tuntutan balas defendan iaitu ganti rugi sebanyak RM479,350 dan memerintahkan syarikat itu membayar kos RM75,000 kepada kesemua plaintif.

Peguam Khairun Niza Husnin, yang mewakili kesemua plaintif, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Beliau berkata, kesemua plaintif lega dan bersyukur dengan keputusan itu dan berharap pihak pengurusan HSTT dapat menguruskan bayaran penghakiman seperti yang diarahkan.

"Ini kerana ada plaintif daripada golongan tua, tidak lagi bekerja dan berpendapatan rendah serta mereka hanya menuntut hak mereka berikutan kemungkiran kontrak di pihak HSTT," katanya.

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh menerusi Tabung Haji.

Menerusi saman yang difailkan pada Ogos 2020, plaintif mendakwa sekitar 2019, mereka telah dipelawa menyertai pakej haji furada bagi tahun itu dan diberikan jaminan bahawa wang akan dipulangkan sekiranya pakej itu gagal.

Kesemua plaintif kemudian membayar pakej masing-masing yang secara keseluruhannya berjumlah RM795,000.

Pada 31 Julai 2019, defendan memaklumkan bahawa e-visa dikeluarkan kepada sebahagian jemaah termasuk 15 plaintif, manakala mereka yang tidak menerima visa mendakwa telah dipelawa untuk mendapatkannya melalui kuota Visa Raja Salman dengan membayar RM7,000 setiap seorang.

Jemaah yang menerima e-visa telah memulakan perjalanan ke Jeddah pada 5 Ogos 2019 tanpa diiringi mutawif.

Bagaimanapun, sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, kesemua jemaah termasuk 15 plaintif telah gagal melepasi kaunter Imigresen selepas imbasan terhadap e-visa terbabit memaparkan identiti individu berbeza.

Selepas 24 jam ditahan dan terpaksa tidur di atas lantai serta kerusi, kesemua jemaah telah diarah pulang ke Malaysia pada 7 Ogos 2019, selain wajib melaksanakan Tahallul Ihsar (denda) kerana tidak dapat menyempurnakan ibadah haji yang telah diniatkan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Upah Badal Haji Tertakluk Pelbagai Faktor, Justeru Tiada Kawal Selia Harga

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 2 jam yang lalu

Network School Forest City: Kerajan Johor Arah Tutup 1 Premis Langgar Peraturan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar