Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Upah Badal Haji Tertakluk Pelbagai Faktor, Justeru Tiada Kawal Selia Harga

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 4:37PM

Badal haji adalah ibadah haji dilaksanakan seseorang individu bagi pihak lain menurut syarat tertentu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar upah badal haji tertakluk kepada banyak faktor, justeru tiada kawal selia terhadap harga dikenakan pada ketika ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau memaklumkan, pelbagai cara pelaksanaan perkhidmatan badal haji dilakukan dan ditawarkan kepada rakyat.

Menurutnya, badal haji berkait rapat dengan syarat semasa ditetapkan pihak berkuasa Arab Saudi, termasuk keperluan memiliki permit khas untuk memasuki Arafah dan harga dikenakan oleh permit tersebut.

Malah, tambahnya, terdapat peraturan yang berubah setiap tahun.

“Ini belum lagi mengambil kira pihak menawarkan bersekali dengan ibadah korban, cenderamata dan banyak lagi, justeru terdapat pelbagai faktor yang menentukan kos untuk badal haji.

“Ada yang memberi justifikasi kerana upah mereka dikenakan agak tinggi berbanding lain, malah ada memaklumkan sebab kos mereka dapat diminimumkan, oleh kerana itulah pada masa ini tiada kawal selia terhadap harga untuk kadar badal haji ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (UMNO-Parit) yang meminta beliau menyatakan tindakan kerajaan terhadap pihak yang menawarkan perkhidmatan badal haji pada harga tidak munasabah dengan kebanyakannya bermotifkan penipuan, selain kaedah diterapkan kerajaan bagi memastikan perkara terbabit dapat dibanteras secara menyeluruh.

badal haji membabitkan persetujuan, perjanjian atau kontrak secara sukarela antara orang yang membayar dan penerima upah untuk dilaksanakan ibadah haji bagi penama atau individu dipersetujui - Gambar Hiasan
badal haji membabitkan persetujuan, perjanjian atau kontrak secara sukarela antara orang yang membayar dan penerima upah untuk dilaksanakan ibadah haji bagi penama atau individu dipersetujui - Gambar Hiasan

Badal haji adalah ibadah haji dilaksanakan seseorang individu bagi pihak lain menurut syarat tertentu.

Kebiasaannya, badal haji membabitkan persetujuan, perjanjian atau kontrak secara sukarela antara orang yang membayar dan penerima upah untuk dilaksanakan ibadah haji bagi penama atau individu dipersetujui.

Contohnya seorang anak yang mengupah orang lain untuk melaksanakan ibadah haji atas nama arwah ibunya yang sudah meninggal dunia.

Nancy menambah, antara pelaksanaan perkhidmatan badal haji dilakukan dan ditawarkan kepada rakyat Malaysia adalah menerusi agensi pelancongan yang mengambil upah bagi ibadah itu dijalankan mutawif atau kakitangan sokongan ketika membawa kumpulan jemaah dari Malaysia kelolaan agensi berkenaan.

Bagi cara tersebut, beliau memberitahu, kosnya tidak terlalu tinggi memandangkan mutawif dan kakitangan sokongan terlibat tidak perlu membayar tiket penerbangan, tempat tinggal atau makan minum secara berasingan kerana ia sudah dibiayai agensi pelancongan tempat mereka bekerja, malah terdapat dalam kalangan mereka yang sedia ada menetap di Makkah.

“Seterusnya, ada badal haji ditawarkan individu yang berada atau menetap di Makkah atau Madinah. Bagi cara ini harganya mungkin sedikit tinggi, berbanding cara pertama disebut tadi kerana individu ini mungkin memasukkan kos penginapan, kos pengangkutan, makanan dan minuman serta sebagainya dalam kiraan upah mereka,” katanya.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan, beliau memaklumkan, kementerian sudah membatalkan lesen milik lapan syarikat yang didapati melanggar peraturan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482) atas pelbagai kesalahan.

Katanya, sebuah syarikat, iaitu syarikat dikaitkan dengan isu haji furada baru-baru ini dikenakan tindakan penggantungan lesen.

“Kami terpaksa menunggu kenyataan dari pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat sendiri apakah kesalahannya. Kami tidak mahu mengambil tindakan tanpa mereka menyalahi undang-undang di bawah Seksyen 8 (1) (d) Akta 482,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Haji Furada: Syarikat Pelancongan Diperintah Bayar RM634,000 Kepada 25 Bekas Pelanggan

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Harga Beras Putih Import Turun Antara RM2 Ke RM3 Berkuat Kuasa Hari Ini - KPKM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ditipu Penjual Barangan Terpakai, Suri Rumah Rugi Lebih RM30,000

4

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Luar Negara 15 jam yang lalu

Menteri Luar ASEAN Gesa Hentikan Segera Keganasan Di Sempadan Myanmar

Semasa 7 jam yang lalu

Beras Yang Dibuang Di Temerloh Sudah Rosak – KPKM

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran