web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sumbangan Ahmad Rejal Tinggal Kesan Mendalam Dalam Dunia Kewartawanan Negara – Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2024 4:42PM

Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggal dunia awal pagi tadi ketika dirawat di Hospital Shah Alam kerana jangkitan kuman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sumbangan dan buah fikiran yang dilontarkan Tokoh Wartawan Negara 2014 Allahyarham Datuk Ahmad Rejal Arbee Mohamed Isa Arbee meninggalkan kesan mendalam dalam dunia akhbar dan kewartawanan di Malaysia.

Beliau berkata, Allahyarham yang merupakan bekas Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian juga dikenali sebagai antara pengamal media terawal meneroka konsep media dwibahasa. 

“Takziah saya utuskan kepada keluarga Allahyarham.Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi-Nya,Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Ahmad Rejal, 83, meninggal dunia kira-kira 2 pagi ini di Hospital Shah Alam kerana sakit tua. Allahyarham dimasukkan ke hospital itu Jumaat lepas kerana terdapat jangkitan kuman di paru-paru.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam pada 11 pagi ini dengan hampir 200 ahli keluarga dan sahabat seperjuangan kewartawanan hadir memberi penghormatan terakhir.

Ahmad Rejal dinobatkan sebagai Tokoh Wartawan Negara 2014 sempena majlis Penganugerahan Tokoh Wartawan Negara dan Hadiah Kewartawanan Malaysia Institut Akhbar Malaysia (MPI)-Petronas 2014 sebagai menghargai sumbangan cemerlang wartawan veteran itu dalam bidang penulisan dan kewartawanan tanah air. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Anak Trauma Bapa Disambar Buaya Depan Mata

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad