web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bergelap Pula, Baru Nak Beli Baju Raya

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 12:52PM

Pemakluman oleh pengurusan IOI City Mall kepada penyewa dan pelanggan. - gambar Syedewa

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Peniaga di pusat beli belah IOI City Mall Putrajaya hampa apabila bangunan komersial berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik.

Situasi itu pastinya menyebabkan kerugian bagi peniaga terutama hari ini adalah cuti umum bagi Selangor, yang lazimnya menyaksikan orang ramai berkunjung ke pusat beli belah untuk berbelanja terutama menjelang Aidilfitri.

Seorang pemilik jenama kosmetik Syedewa, Syed Mohamad Fahmi Syed Shabthar, dalam satu hantaran melalui aplikasi X pagi ini memaklumkan beliau antara yang terkesan akibat gangguan bekalan elektrik itu.

Tingkat bawah yang menempatkan restoran dan kedai makan bergelap selepas IOI City Mall mengalami gangguan bekalan elektrik. - gambar Syedewa
Tingkat bawah yang menempatkan restoran dan kedai makan bergelap selepas IOI City Mall mengalami gangguan bekalan elektrik. - gambar Syedewa

Beliau yang turut memuat naik gambar serta video suasana gelap dalam pusat beli belah itu, berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh kakitangannya yang bertugas di kiosk Syedewa di IOI City Mall.

“Team aku kt IOI city mall inform yang kat sana x da letrik. Mall kena tutup & kiosk aku kt sana pun kena tutup sbb x boleh operate. Mall bagitau expected akan ok semula around 1pm-5pm. Apa2 aku update k,” ciapnya melalui X.

@getaranmy Bergelap satu IOI City Mall Putrajaya harini kerana ada gangguan bekalan elektrik. Difahamkan masalah akan diselesaikan sekitar jam 1 hingga 5 petang nanti. Sumber : Syadewa #GetaranMY #Semasa #terkini ♬ Hard News - DM Production

Sementara itu, pengurusan IOI City Mall dalam hantaran melalui media sosial, memaklumkan gangguan bekalan elektrik itu sedang dipulihkan oleh Syarikat utiliti TNB.

“Pusat beli belah ini ditutup pagi ini sehingga bekalan elektrik dipulihkan, yang dijangka antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang hari ini.

“Nantikan kemas kini kami dan kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul,” katanya.

Pada masa sama, TNB dalam satu kenyataan ringkas di akaun media sosialnya memaklumkan pihaknya sudah berada di lokasi bagi memulakan kerja pemulihan kabel yang terjejas.

Kenyataan itu menyebut, TNB juga sedang bekerjasama sepenuhnya dengan pihak pengurusan di pusat beli belah berkenaan.

“Dua set janakuasa bergerak 1000kVA juga telah disediakan untuk memberi bekalan kepada kompleks tersebut. Terima kasih atas kesabaran dan kerjasama semua pihak,” katanya.

Difahamkan, ini kali ketiga pusat beli belah berkenaan mengalami gangguan bekalan elektrik, selepas kali pertama pada 2015 dan kedua pada 2017.

Gangguan bekalan elektrik yang berlaku itu juga memaksa Pusat Darah Negara membatalkan kempen derma darah di pusat beli belah itu.

Pusat Darah Negara dalam satu kenyataan di media sosial memaklumkan kempen berkenaan sepatutnya dijalankan di Suite Derma Darah SJAM IOI City Mall.

“Maklumat ini baru diterima setelah pihak team tiba di lokasi. Pihak PDN menyarankan agar orang ramai atau penderma darah untuk menderma di lokasi lain berdasarkan jadual yang dilampirkan atau di website kami www.pdn.gov.my.

“Pihak kami memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi bersama. Informasi lanjut akan disampaikan dari masa ke semasa,” katanya. – Getaran 28 Mac 2024

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gaji Semasa: Hanya 49 peratus Pekerja Malaysia Berpuas Hati 

oleh Sophia Ahmad