web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dali Tak Sempat Dihentikan Sebelum Langgar Francis Scott Key

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2024 9:05AM

Tangkap layar kejadian sebuah kapal kontena terlanggar jambatan di Baltimore. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kejadian sebuah kapal kontena melanggar salah satu tiang jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat yang sempat dirakam, menjadi tular sejak insiden berkenaan pada awal pagi Selasa, waktu tempatan.

Melalui video berkenaan, dapat dilihat bekalan elektrik di kapal kontena dinamakan Dali yang didaftarkan di Singapura itu terputus sejurus pelanggaran.

Media tempatan melaporkan, kru kapal bertindak pantas dengan menghubungi pihak berkuasa yang kemudian menutup jambatan berkenaan daripada dilalui kenderaan.

Dikatakan, kru juga menjatuhkan sauh dalam usaha untuk menghentikan kapal berkenaan, namun gagal sebelum ia merempuh tiang jambatan itu.

Akibat pelanggaran, jambatan berkenaan yang mula dibuka pada 23 Mac 1977, runtuh, bersama-sama lapan pekerja yang sedang membaiki jalan di atas struktur berkenaan.

Dua daripada mereka berjaya diselamatkan, manakala dua lagi ditemui lemas dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda. Empat lagi mangsa masih belum ditemui.

Jambatan berkenaan, yang mengambil nama seorang penyair juga menulis lirik lagu kebangsaan Amerika Syarikat, Francis Scott Key, adalah struktur besi yang merentasi Sungai Patapsco, sebagai kemudahan penting kepada sistem pengangkutan di Maryland.

Insiden berkenaan juga menyebabkan Pelabuhan Baltimore berdekatan terpaksa ditutup, yang memberikan impak besar kepada ekonomi Maryland dan Amerika Syarikat, menurut media tempatan. – Getaran, 28 Mac 2024

@getaranmy Jambatan itu runtuh pada Selasa setelah dilanggar sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Singapura yang sedang dalam perjalanan dari Baltimore ke Colombo, Sri Lanka. #getaranmy #semasa ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Ambil Ubat Tertentu Untuk Jangka Masa Panjang? Hati-Hati Dengan Pendarahan Dalaman Serius 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar