web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Mar 2024 12:39PM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan takziah kepada keluarga guru bahasa Inggeris Anne Ooi atau lebih dikenali sebagai 'Aunty Bersih' yang meninggal dunia pada Isnin.

Anwar menyifatkan mendiang yang meninggal dunia pada usia 78 tahun akan dikenang sebagai aktivis gigih dan menjadi teladan kepada generasi penerus untuk terus mendesak membawa perubahan.

"Saya ucap takziah kepada keluarga mendiang Anne, dan mendiang ternyata terus gagah di depan menjadi antara ikon rakyat sehingga akhir hayat," katanya menerusi status yang dimuat naik di akaun Facebook.

Turut mengucapkan takziah adalah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang memaklumkan mendiang menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di Australia, dan beliau turut menyentuh detik perkenalan mereka yang telah lama terjalin, terutama menerusi anak perempuan mendiang.

"Saya memang sudah lama kenal dengan mendiang, menerusi anak perempuannya Elaine Pedley, penari-koreografer dan sahabat yang dekat dengan keluarga. Kami saling mengenali, dan bertambah rapat di jalan-jalan di Kuala Lumpur, dalam perhimpunan, perjumpaan (termasuk Bersih), sejak beberapa tahun lalu.

"Takziah kepada Elaine, Philip dan keluarga. Semoga anda diberikan kekuatan dan bertenang dalam saat-saat yang sukar ini. Terima asih Aunty Anne. Semoga dikau tenang di sana," katanya.

Fahmi turut memuat naik gambar hitam putih mendiang memegang bunga kekwa dalam keadaan basah di luar Hospital Tung Shin di sini, menjadi imej yang menterjemahkan perhimpunan Bersih 2 pada 9 Julai 2011.

"Imej ini akan terus akan selama-lamanya merakamkan semangatnya yang gigih dan perjuangannya, dalam usaha kita untuk membina negara Malaysia yang lebih baik," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Saya Tak Lari, Keputusan Bertanding Di Linggi Pilihan Sendiri’ - Aminuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

Pimpinan PH Melaka Undur Diri Daripada Kerajaan Negeri - Adly

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

oleh Amirah Abu Bakar

Singapura 22 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad