web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FINAS Diminta Teliti Isu Gaji Pelakon Kanak-kanak, Pastikan Tiada Pihak Ambil Kesempatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 1:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi akan mengarahkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) meneliti isu gaji pelakon kanak-kanak bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan terhadap golongan itu.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, isu ini penting memandangkan kanak-kanak mungkin tidak mengetahui hak-hak mereka sebagai seorang pelakon. 

"Pada waktu ini FINAS sedang meneliti beberapa pindaan akta termasuk Peraturan-Peraturan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Pelesenan) untuk tambah baik isu kanak-kanak dan orang muda yang terlibat dalam penggambaran, selain isu kebajikan seniman, veteran dan kru penggambaran," katanya.

Beliau berkata demikian di Dewan Negara bagi menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berhubung langkah bagi melindungi hak dan keselamatan pelakon kanak-kanak.

Sementara itu, menjawab soalan asal Senator Datuk Noraini Idris, Fahmi berkata, pihaknya memandang serius statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) berkenaan 73.13peratus penerbit filem tidak peka terhadap keperluan permohonan Lesen Hiburan Awam Kanak-Kanak dan Orang Muda di bawah seliaan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Beliau berkata, pada masa ini kebanyakan syarikat penggambaran dan perfileman berhubung dengan FINAS untuk memohon Surat Perakuan Penggambaran (SBP). 

"Kita akan jadikan salah satu kayu ukur program FINAS untuk pastikan semua syarikat yang mohon SBP faham lesen yang mereka perlu mohon dengan Jabatan Tenaga Kerja," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

UMNO Tolak Cadangan ‘PBN’ Hamzah, Kerjasama BN-PN Bukan Pembentukan Gabungan Baharu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad