web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Sambut Baik Resolusi Gaza, Seru UNSC Pastikan Israel Penuhi Kewajipan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Mar 2024 12:54PM

Serangan ketenteraan maut di wilayah Palestin sejak 7 Oktober 2023 mengakibatkan kematian lebih 32,333 rakyat Palestin. - gambar REUTERS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia mengalu-alukan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) 2728 (2024) mengenai Gaza pada Isnin, menuntut gencatan senjata serta-merta, pembebasan tebusan tanpa syarat dan penghantaran segera bantuan kemanusiaan tanpa halangan.

Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan pada Selasa berkata, Malaysia juga menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memastikan Israel memenuhi tanggungjawabnya di bawah undang-undang antarabangsa dan menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin 

Malaysia berpandangan penerimaan resolusi itu satu kejayaan besar memandangkan konflik di Gaza bermula lebih lima bulan yang lepas.

"Malaysia telah sekian lama menyeru agar Majlis Keselamatan PBB memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan bagi melindungi rakyat Palestin daripada kekejaman Israel yang sehingga kini telah meragut nyawa lebih 32,000 orang awam," kata Wisma Putra.

Menurut kenyataan itu, sekatan sempadan rejim Israel telah mengakibatkan risiko kebuluran dan malnutrisi bagi 2.3 juta penduduk di Gaza. 

Malaysia kekal komited dalam memperjuangkan isu Palestin dan akan meneruskan usaha ke arah penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan pra-1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara dan supaya Palestin diterima sebagai Anggota penuh PBB, menurut kenyataan itu.

UNSC meluluskan resolusi menuntut "gencatan senjata segera dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan, dihormati oleh semua pihak sambil menyasarkan satu gencatan senjata yang berkekalan."

Resolusi itu juga menuntut "pembebasan segera dan tanpa syarat semua tebusan dan memastikan akses untuk mereka mendapatkan keperluan perubatan dan bantuan kemanusiaan lain."

Sementara itu, Agensi Anadolu dalam laporannya berkata, 14 negara mengundi menyokong resolusi itu, yang dibentangkan oleh 10 ahli Majlis yang dipilih manakala Amerika Syarikat berkecuali daripada mengundi. 

Israel melancarkan serangan ketenteraan maut di wilayah Palestin sejak 7 Oktober 2023, dengan lebih 32,333 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 74,694 cedera di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Perang Israel, yang kini memasuki hari ke-171, telah mendorong 85 peratus penduduk Gaza menjadi pelarian di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang teruk, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu telah rosak atau musnah, menurut PBB.

Israel dituduh melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Keputusan sementara pada Januari lalu mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan genosid dan mengambil langkah menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. - BERNAMA

Sorotan

1

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

2

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

3

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

4

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

5

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

oleh Amirah Abu Bakar