web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Belum Dapat Sahkan Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 - KP Selangor 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Mar 2024 4:31PM

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis belum dapat mengesahkan sama ada bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 yang ditemukan di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pada Rabu lepas adalah milik sebuah syarikat teknologi maklumat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata selagi pengarah syarikat terbabit tidak tampil memberi keterangan, pihaknya tidak boleh mengesahkan status wang itu dan ia tidak boleh dituntut atau diserahkan kepada mana-mana pihak.

"Kita ada terima laporan dari seorang individu yang mengaku pengarah sebuah syarikat jenis teknologi maklumat dan mendakwa wang berkenaan milik syarikat itu tetapi malangnya selepas beberapa hari, pengadu masih gagal hadir ke balai atas pelbagai alasan. 

"Jadi kita masih belum dapat mengesahkan duit itu kepunyaan syarikat terbabit selagi pengadu tidak tampil memberi keterangan," katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Peringatan Hari Polis ke-217 peringkat lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Hussein berkata, wang itu tidak boleh dituntut begitu sahaja tanpa pihak berkenaan memberikan bukti dan rekod yang jelas kepada pihak polis.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pengawal keselamatan menemukan bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara. 

Semalam, pengawal keselamatan berusia 30-an itu membuat laporan polis mengenai penemuan bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana yang dijumpainya pada 8 pagi, 20 Mac lepas.

Berhubung perkembangan siasatan kes pukul seorang anggota polis hingga maut dua hari lepas, Hussein berkata, keberadaan mangsa di sebuah pangsapuri di Taman Impian Indah, Kajang itu dipercayai untuk menziarahi ahli keluarga sebelum ditemukan maut.

Beliau berkata, siasatan mendapati anggota yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur itu tinggal di Kuarters Polis Sungai Besi, Cheras dan sebelum menziarahi ahli keluarganya dipercayai berlaku pertengkaran antara mangsa dan isteri.

"Tiada sebarang senjata dijumpai di lokasi kejadian dan orang awam yang mempunyai maklumat serta melihat kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya. 

Semalam, lima lelaki berusia 19 hingga 23 tahun ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad