web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Kelantan Perketat Kawalan Sempadan Ekoran Sungai Golok Mula Kering

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 8:38PM

Anggota keselamatan berkawal di Sungai Golok. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polls Kelantan terus memperketatkan kawalan sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim kemarau dalam usaha membanteras aktiviti penyeludupan susulan air Sungai Golok mulai kering sejak beberapa hari lepas.

Ketua Polis negeri, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata kawalan keselamatan berkenaan menerusi rondaan akan terus dipergiatkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Beliau berkata, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang cuba menyeberang sempadan secara haram susulan air cetek di sungai berkenaan.

Sebelum ini, media melaporkan paras air Sungai Golok mulai kering akibat kemarau melibatkan beberapa kawasan seperti Kampung Chabang Tiga Bagus dan Lubok Gong di Pasir Mas, di sini. 

"Kalau hendak masuk ke kawasan sempadan mesti ada permit yang sah sama ada naik kereta atau motosikal," katanya dalam sidang media selepas menyaksikan majlis serah tugas di lbu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Terdahulu, Pemangku Ketua Cawangan Khas Kelantan ACP Nor Azmi Che Musa menyerahkan jawatannya kepada SAC Ahmad Norisham Maarus yang dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Kelantan yang baharu. 

Berikutan itu, Pemangku Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kelantan Supt Mohamad Hamizi Abdullah menyerahkan jawatan itu kepada Timbalan Ketua JPJKK Kelantan yang dilantik sebagai Ketua JPJKK Kelantan yang baharu.

Kedua-dua pelantikan jawatan pegawai kanan polis berkenaan berkuat kuasa hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad