web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jasad ADUN Kuala Kubu Baharu Akan Dikebumikan Di Shah Alam Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 8:28PM

Mendiang Lee Kee Hiong. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Jasad Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu Lee Kee Hiong dijangka disemadikan menerusi upacara pembakaran di Nirvana Crematorium Shah Alam, Seksyen 21 di sini pagi esok.

Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han, berkata sebelum itu, keluarga dan rakan rapat mendiang akan berkumpul di Nirvana Centre Kuala Lumpur pada 9.30 pagi sebelum jasadnya diarak ke Nirvana Crematorium Shah Alam bagi upacara pembakaran mayat.

"DAP Selangor mengucapkan takziah kepada keluarga YB (Yang Berhormat) Lee," katanya ketika dihubungi Bernama. 

Ng, yang mengetual jawatankuasa knusus bagi menguruskan pengebumian mendiang, memaklumkan upacara memberi penghormatan terakhir diadakan selama tiga hari mulai 22 Mac lepas di Nirvana Centre Kuala Lumpur.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapan di aplikasi X memaklumkan beliau turut menziarahi dan memberi penghormatan terakhir hari ini kepada mendiang Lee yang meninggal dunia pada 21 Mac lepas.

"Saya menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mendiang atas pemergian ini.

“Saya turut rakamkan ucapan takziah buat rakan-rakan dari DAP atas kehilangan ini. Jasa dan khidmat mendiang di Kuala Kubu Baharu akan tetap diteruskan oleh kerajaan negeri," katanya.

Lee, 58, yang menyandang kerusi itu sejak 2013, meninggal dunia setelah bergelut melawan kanser sejak beberapa tahun lepas. - BERNAMA

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Urus Niaga Sekuriti Tanpa Lesen, Bekas Penganalisis Bank Dipenjara 3 Tahun

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

11 Ditahan Dalam Ops Rapido, Geng Vinod Tumpas 

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad