web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak 5 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 21 Kondominium

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Mar 2024 8:10AM

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Kanak-kanak lelaki warga asing berusia lima tahun maut selepas terjatuh ke dalam kolam renang dari tingkat 21 sebuah kondominium di Bandar Putra Permai di sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP A.A Anbalagan berkata, mangsa adalah warga Yaman dan kejadian disedari seorang pengawal keselamatan yang melakukan rondaan di sekitar kolam renang yang terletak di tingkat tujuh kondominium itu.

"Pengawal keselamatan itu melihat baju di dalam kolam renang sebelum menyedari mangsa terapung dan melaporkan kejadian berkenaan kepada penyelianya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Anbalagan berkata, polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 2.22 petang hari yang sama.

Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa patah kaki kiri dan terdapat pendarahan di telinga dan hidung.

"Kejadian dipercayai berlaku semasa ibu bapa mangsa berada di bilik tidur, manakala mangsa di ruang tamu. Polis tidak menolak kemungkinan mangsa terjatuh dari tingkap di ruang tamu," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Terjatuh Dari Tingkat 16 Kuarters Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Serbu Stor Simpan Dadah Di Kondominium Mewah

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Polis Tahan Penyewa Lelaki Terlibat Kes Penemuan Puluhan Bangkai Kucing

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Wanita Maut Jatuh Kondominium, Mayat Ditemui Tersangkut Tingkat 20

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad