web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:17AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis berjaya menemukan semula peti besi yang mengandungi empat jongkong emas milik seorang pempengaruh, yang 'disembunyikan' di dasar Sungai Sembrong, Batu Pahat, Johor, hasil penahanan empat individu pada 5 Mac lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, kesemua suspek iaitu seorang lelaki dan tiga wanita berumur antara 22 hingga 36 tahun itu ditahan di sekitar Batu Pahat oleh pasukan khas D4 Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sebelum diserahkan kepada polis Wangsa Maju untuk siasatan lanjut.

"Hasil penahanan itu, suspek lelaki telah membawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pihak polis ke Sungai Sembrong di Batu Pahat pada Selasa lalu dan hasilnya, polis berjaya menemukan semula peti besi pengadu yang mengandungi empat jongkong emas bernilai RM1 juta.

"Selain jongkong emas, pihak polis juga dapat menemukan semula beberapa barang pengadu yang dilaporkan hilang antaranya 15 utas rantai emas, 14 utas gelang emas, cincin emas, tujuh beg tangan, loket emas dan wang tunai di sebuah rumah di Batu Pahat.

"Keseluruhan barangan yang ditemukan dianggarkan bernilai RM2.1 juta," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek utama mempunyai 20 rekod lampau berkaitan jenayah serta dadah, selain kesemua suspek dipercayai aktif terlibat dalam kes pecah rumah di Selangor dan Kelantan dengan menyasarkan kediaman ahli perniagaan atau pempengaruh media sosial.

Keempat-empat suspek kini dilanjut reman selama sembilan hari hingga 25 Mac ini.

Pada 4 Mac, media melaporkan seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh media sosial berputih mata apabila sebuah peti besi keselamatan miliknya yang mengandungi jongkong emas dan wang tunai dianggarkan bernilai RM3 juta, dicuri dalam kejadian pecah rumah di Padang Balang, Sentul di sini.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supt Ashari Abu Samah dilaporkan berkat,a dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10 malam hingga 12 tengah malam itu, turut dilarikan adalah beberapa beg tangan pelbagai jenama serta barang kemas milik ahli keluarga wanita berusia 43 tahun itu yang dianggarkan kira-kira RM3.5 juta. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pempengaruh Dilapor Hilang, Panggilan Ke Telefon Dijawab Lelaki Indonesia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana Awam Libatkan Pempengaruh: SPRM Beku 20 Akaun Bernilai RM740,000

3

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM Mohon Perintah Reman Suami Isteri Pempengaruh 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tipu Duit Derma: SPRM Akan Mohon Perintah Reman Pasangan Pempengaruh

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Semasa 24 minit yang lalu

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Berbeza Parti & Ideologi; Anwar, Zahid Tetap Tonjol Semangat Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Taktik Makin Canggih, Sindiket Antarabangsa Eksploitasi Daftar Masuk Saat Akhir Untuk Keldai Dadah

oleh Sophia Ahmad