Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tiada Kegiatan Hidupkan Semula Ajaran Ayah Pin Dikesan Di Pahang

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:52PM

Yahaya Othman (tengah) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tiada sebarang kegiatan dan usaha untuk menghidupkan semula ajaran sesat Ayah Pin atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad dikesan di Pahang setakat ini, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya sentiasa memantau perkembangan bekas pengikut dan anak Ayah Pin yang berada di negeri ini.

"Polis akan terus mengesan sekiranya terdapat sebarang kegiatan ke arah mengaktifkan kembali ajaran berkenaan dan tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang cuba menghidupkan semula ajaran yang difatwakan sesat itu," katanya ketika dihubungi BERNAMA di sini, hari ini.

Media hari ini melaporkan terdapat dakwaan ajaran Ayah Pin yang mahu dihidupkan semula oleh pengikutnya, dan mula menular ke negeri lain termasuk Pahang iaitu di Rompin dan Pekan.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) sebelum ini mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Ayah Pin sesat mengikut Seksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 dan diwartakan haram pada 1997.

Pada April 2016, Ayah Pin meninggal dunia pada usia 74 tahun di rumahnya di Kampung Batu 13, Hulu Besut, Besut, Terengganu kerana sakit tua. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

2 Maut Lori Bertembung

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Lori Balak Maut Digilis Jentera Berat

3

Semasa 1 bulan yang lalu

701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Di Terengganu Meningkat, Pahang Mula Dilanda Banjir

Sorotan

1

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

2

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

4

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

5

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

6

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Semasa 1 hari yang lalu

2 Individu Ditahan, Bantu Siasatan Kes Pukul Warga Emas Nyanyuk

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 17 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM