web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


701 Termasuk 22 Wanita Ditahan Atas Kesalahan Berkaitan Dadah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2024 8:59AM

Yahaya Othman (tengah) - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menahan 701 individu termasuk 22 wanita atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah dalam Ops Hawk dan Ops Tapis yang dilaksanakan di negeri itu bermula 26 Februari hingga Rabu lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 19 hingga 60 tahun.

Beliau berkata dalam operasi selama 10 hari melibatkan 19 pegawai, 128 anggota dan 10 polis bantuan itu, sebanyak 502 serbuan dengan 933 pemeriksaan telah dilakukan.

"Pihak JSJN telah membuat serbuan ke atas 28 kawasan hotspot atau sarang penagihan dadah di Felda di seluruh daerah.

"Daripada 701 ditahan, sebanyak 69 orang ditahan di bawah kategori kesalahan bekalan/pengedaran, 155 kesalahan memiliki dan 477 bagi kesalahan urin. Lapan lelaki ditangkap atas kesalahan 'wanted person' bagi kesalahan dadah," katanya dalam kenyataan media.

Yahaya berkata sebanyak 40 tangkapan berpotensi dituduh di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Menurut Yahaya, pelbagai jenis dadah telah dirampas terdiri daripada 130.05 gram (g) heroin, syabu (224.71g), ganja (40.91g), pil yaba (75.79g), pil eramin 5 (26.45g), air ketum (47.65 liter), daun ketum (7.2 kilogram) dan cecair kodein (0.20 liter) dengan nilai keseluruhan lebih RM61,000.

Melalui operasi itu juga, JSJN Pahang turut menyita dua motosikal dan wang tunai bernilai lebih RM5,000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

2

Semasa 5 hari yang lalu

2 Lelaki Maut, Kereta Bertembung Lori Bawa Durian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 14 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad