web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Lawat Siemens Energy Di Berlin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2024 8:06PM

Anwar Ibrahim (empat, kiri) bergambar semasa melawat Siemens Energy - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERLIN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan beliau ke Jerman hari ini dengan mengunjungi Siemens Energy, satu daripada syarikat teknologi tenaga utama di dunia.

Ketibaan Anwar di ibu pejabat Siemens Energy di Huttenstrasse, di sini, disambut oleh ahli lembaga eksekutif Siemens Energy, Vinod Philip.

Turut mengiringi Perdana Menteri semasa lawatan tersebut ialah Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick dan Duta Malaysia ke Jerman Datin Paduka Dr Adina Kamarudin.

Siemens Energy yang beroperasi di 90 negara dan memiliki kira-kira 90,000 pekerja terlibat dalam keseluruhan landskap tenaga daripada tenaga konvensional hingga kepada tenaga boleh baharu, teknologi grid kepada simpanan hingga kepada mengelektrikkan proses perindustrian kompleks.

Kilang di sini dengan kira-kira 3,400 pekerja terlibat dalam pemasangan turbin gas serta sistem pengeluaran hidrogen elektrolisis.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan serta rombongannya turut dibawa melawat kilang tersebut dan mengadakan perbincangan dengan para pegawai kanan Siemens Energy.

Tahun lepas, Tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Siemens Energy memeterai memorandum persefahaman untuk memulakan pembangunan hidrogen hijau.

Perkongsian itu bertujuan untuk mempercepatkan penyahkarbonan jana kuasa terma TNB, menggunakan hidrogen hijau yang dihasilkan daripada sumber tenaga boleh baharu (TBB). - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad