web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Isu Lempar Barang, Bukan Semua Pejabat J&T Terbabit - Pemilik Francais

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2021 3:20PM

Lesen menggerakkan operasi J&T boleh diperoleh secara francais oleh mana-mana individu berminat.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM : Jika ada carta perkara paling popular, nama syarikat penghantaran J&T pasti berada di senarai teratas.

Ketika Malaysia dilanda pelbagai berita hangat kebelakangan ini, syarikat itu dengan tiba-tiba muncul menjadi sebutan, susulan kontroversi yang mereka cetuskan.

Belum pernah dalam sejarah, sebuah syarikat penghantaran menjadi sebutan ramai, hingga muncul menghiasi dada media, gara-gara tingkah laku tidak bermoral yang dilakukan segelintir petugasnya.

Semua ini timbul, selepas sebuah video tersebar di aplikasi Tik Tok, yang memaparkan sekumpulan petugas bertindak melempar barangan milik pelanggan sesuka hati.

Perbuatan berkenaan dipercayai dilakukan gara-gara tidak berpuas hati dengan isu dalaman bersama syarikat, membabitkan pemotongan gaji pekerja.

Dalam video berdurasi 15 saat itu, kelihatan tujuh petugas J&T seakan berpesta melempar bungkusan milik pengguna dengan sesuka hati, tanpa mengira jenis kandungan.

Penyebaran video berkenaan menimbulkan kemarahan orang ramai yang bertindak mengaitkan perbuatan itu dengan prestasi syarikat, selepas ia dikatakan merosot akhir-akhir ini.

Insiden itu sedikit sebanyak mencemarkan nama baik J&T secara keseluruhan, sekali gus memalit imej buruk pada francais syarikat yang lain.

Ramai tidak mengetahui bahawa lesen menggerakkan operasi J&T boleh diperoleh secara francais oleh mana-mana individu berminat.

Hanya dengan membayar sejumlah wang mengikut lokasi, orang ramai boleh memohon lesen untuk membuka cawangan syarikat.

Susulan video yang tular itu, pemilik francais lain turut menerima tempias, apabila jumlah pelanggan berkurangan dengan mendadak.

Pemilik cawangan J&T di Shah Alam yang hanya mahu dikenali sebagai Hakim berkata, syarikat yang diusahakan bersama isteri kurang daripada tiga bulan itu terjejas teruk ekoran penyebaran video terbabit.

Beliau yang jelas kesal dengan insiden itu berkata, jumlah pelanggan berkurangan secara mendadak apabila orang ramai dibayangi persepsi negatif terhadap mereka.

“Ramai orang tak tahu bahawa setiap cawangan J&T diuruskan pemilik berbeza mengikut sistem francais yang dilaksanakan.

“Video berkenaan membabitkan cawangan di Perak, yang sama sekali tidak ada kena mengena dengan kami,” katanya kepada Getaran.

Bapa dua anak itu berkata, syarikat miliknya itu tidak mempunyai sebarang masalah dari segi penghantaran, komisyen pekerja atau gaji, dan semua operasi berjalan lancar sejak mula ditubuhkan.

“Tetapi sejak rakaman video itu tular, pendapatan kami sedikit terjejas malah turut menerima aduan daripada pelanggan yang risau jika bungkusan mereka menerima nasib sama, katanya kesal.

Hakim yang dibantu empat pekerja berkata, kesemua petugas itu menjalankan tugas masing-masing dengan baik dan amanah, tanpa sebarang masalah berhubung ketepatan masa atau jadual penghantaran.

“Mereka ialah petugas berdedikasi yang sentiasa tepat pada waktu dan setakat ini, tidak pernah berlaku sebarang kelewatan di pihak kami,” katanya.

Setiap cawangan J&T diuruskan pemilik berbeza mengikut sistem francais yang dilaksanakan.
Setiap cawangan J&T diuruskan pemilik berbeza mengikut sistem francais yang dilaksanakan.

Susulan kejadian, Hakim menyarankan pengurusan atasan J&T membuat permohonan maaf secara lebih terperinci, termasuk menimbangkan kemungkinan untuk mengadakan sidang media, bagi membolehkan semua kemelut ini dapat diselesaikan dengan sempurna.

“Apabila ada penjelasan yang terperinci dan lengkap, ia membantu menjernihkan semua kekusutan, apatah lagi rakyat ketika ini amat bergantung kepada perkhidmatan penghantaran,” katanya.

Terdahulu, J&T dalam satu kenyataan memohon maaf kepada pelanggannya di seluruh negara berhubung tindakan pekerja mereka yang dikatakan mogok dan membaling barang milik pengguna.

Menurut syarikat itu, ia berlaku kerana sistem pengagihan bonus yang tidak difahami pekerja, sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka.

Apa pun keadaannya, J&T wajar tampil dengan kaedah yang efisien untuk membantu menjernihkan segera isu yang timbul, sebelum salah faham ini menjadi lebih parah.

Andai benar bagai didakwa bahawa syarikat itu mengabaikan kebajikan pekerja, wajarlah pihak pengurusan memperbaiki semula keadaan itu, sebelum nama yang selama ini dijulang jatuh berkecai. – Getaran, 8 Februari 2021 

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tiada Lagi Caj RM1 Untuk Pengeluaran Wang Antara Bank Mulai 1 Julai

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad