Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Fahmi Bertemu RSF, Bincang Ruang Kerjasama Tingkat Tahap Kebebasan Media Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:18PM

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, satu pertemuan telah diadakan dengan Reporters Without Borders (RSF), bagi membincangkan antara lain penjelasan Kod Etika Kewartawanan Malaysia oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI), kad perakuan media serta beberapa cadangan kerjasama di masa hadapan, untuk meningkatkan tahap kebebasan media di Malaysia.

Beliau berkata, cadangan lain yang dibincang dengan badan bukan kerajaan tersebut, termasuk ruang kerjasama dengan media organisasi di rantau Asia Tenggara, mengambil kira Malaysia akan mempengerusikan ASEAN pada 2025.

"Ini merupakan kali pertama RSF melakukan lawatan sebegini lama (lima hari) di Malaysia, setelah membuka pejabat bagi Asia Pasifik. Saya dimaklumkan mereka berhasrat untuk kembali dan mengadakan lebih banyak pertemuan untuk memahami konteks dan mendengar dari pelbagai pihak tentang keadaan semasa.

"Jadi kita harapkan dengan keterbukaan yang boleh kita tonjolkan, membolehkan Malaysia dan kerajaan khususnya memahami konteks dari segi amalan terbaik supaya kebebasan media dikembang," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Fahmi berkata, RSF juga memaklumkan salah satu masalah besar yang melanda dunia adalah sebaran berita dan maklumat palsu.

"Jadi RSF menyatakan ada beberapa piagam atau dokumen yang boleh dipanjangkan kepada Kementerian Komunikasi untuk penelitian kami, di samping melihat kepada struktur bersifat antarabangsa bagi meningkatkan standard atau aspek kawal selia yang bersifat amalan terbaik, seperti yang dilaksanakan di negara lain," katanya.

Fahmi berkata, lawatan RSF memberi peluang baik kepada kerajaan, memahami dari sudut pandang NGO seperti RSF, mengenai apa yang sedang diusahakan dan RSF melihat Malaysia sebagai salah satu negara yang paling ke hadapan dari segi kebebasan media di rantau Asia Tenggara.

"Ini peluang yang baik bagi kita untuk lihat aspek yang boleh ditambah baik dan sekiranya selama ini kita mempunyai satu badan iaitu Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami), yang menghubungkan media Malaysia dan Indonesia.

"Setelah mengadakan perbincangan dengan RSF, saya lihat ada peluang untuk teliti rangkaian hubungan media di peringkat ASEAN dan apa peranan yang boleh dimainkan Malaysia membantu meningkatkan mutu kewartawanan serta amalan dalam kalangan media organisasi," katanya.

Ditanya mengenai kenyataan pemimpin Perikatan Nasional, Datuk Wan Saiful Wan Jan bahawa negara sedang menyaksikan 'pembunuhan reformasi berkaitan kebebasan media secara perlahan-lahan' di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH), Fahmi menolak dakwaan itu dan mempersoalkan sikap berdiam diri Wan Saiful ketika wartawan Al Jazeera dibuang Malaysia pada 2020.

Fahmi berkata, ketika beliau membawakan isu tersebut pada 2021, beliau tidak mendengar sebarang komen dari Wan Saiful.

"Di manakah Wan Saiful ketika wartawan itu disiasat? Kemudian permit mereka ditarik balik dan dengan biadapnya diusir. Di manakah dia ketika saya diserang di Parlimen atas pendirian saya mempertahankan wartawan Al Jazeera pada 2021? Dia tiada di mana-mana," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 hari yang lalu

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Kerajaan Ambil Tindakan Terhadap Kritikan, Syed Saddiq Diminta Tidak Hipokrit - Fahmi

3

Semasa 5 hari yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kementerian Komunikasi Teliti Mekanisme Terbaik Caruman PERKESO Untuk ‘Stringer’

Sorotan

1

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

2

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

3

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

4

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

5

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

6

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Semasa 1 hari yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

Politik 1 hari yang lalu

‘Tipu Ijazah Ialah ‘Disaster’, Jangan Hina Pengundi KKB’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad