web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Asing Ditahan Lakukan Amang Seksual Terhadap Kanak-Kanak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2024 8:12PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki warga Nepal kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Kompleks Bukit Jambul, petang semalam.

Difahamkan, suspek berusia 30-an itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Abd Hamid berkata, kejadian berlaku ketika kanak-kanak itu bersama ibunya sedang membeli-belah di pasar raya berkenaan kira-kira 6.50 petang.

"Ketika sedang beratur untuk buat pembayaran di kaunter suspek tiba-tiba datang dan menggeselkan badannya dari arah belakang mangsa.

"Ibu mangsa yang tidak berpuas hati memaklumkan kejadian kepada orang awam yang kemudian memukulnya," katanya di sini, hari ini.

Razlam berkata, suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap di kawasan belakang sebuah pasar raya berhampiran kompleks itu sebelum diserahkan kepada polis.

Katanya, suspek yang cedera di muka dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk menerima rawatan.

"Suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan mengikut 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Bas Didakwa, Mengaku Tidak Bersalah Buat Amang Seksual

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengawal Keselamatan Mengaku Tak Bersalah Sumbang Mahram, Amang Seksual 2 Anak Perempuan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Polis Tahan 41 Warga Asing, Selamatkan Wanita Nigeria Disyaki Mangsa Eksploitasi Seks

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad