web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sasaran 3 Juta Pelancong Ke Langkawi Mampu Dicapai

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2024 4:20PM

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin. - gambar Rafisqi Radhi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sasaran untuk mencapai kedatangan 3 juta pelancong ke Langkawi pada tahun ini diyakini tidak sukar untuk dicapai bersandarkan rekod serta momentum kedatangan pengunjung ke pulau legenda itu setakat ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan negeri, Datuk Mohd. Salleh Saidin, berkata statistik Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menunjukkan jumlah pelancong ke Langkawi pada 2022 mencecah 2.58 juta sebelum meningkat kepada 2.81 juta pada tahun lalu.

Malah, untuk tahun ini, katanya, seramai 206,443 pelancong dicatatkan memasuki Langkawi setakat 31 Januari lalu atau hampir 94 peratus daripada 220,000 yang disasarkan pada bulan itu.

"Bersandarkan rekod dan momentum yang ada sekarang, kerajaan negeri yakin tidak sukar untuk kita mencapai sasaran tiga juta pengunjung ke Langkawi pada 2024.

"Dan kita yakin Tahun Melawat Kedah 2025 akan melonjakkan lagi jumlah kehadiran itu, sekali gus meletakkan Langkawi berada di tahap lebih baik berbanding sebelum kedatangan COVID-19," katanya dalam sesi pertanyaan lisan, Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Loh Wei Chai (PH-Bakar Arang) yang bertanyakan mengenai strategi dan inisiatif dilaksanakan kerajaan negeri bagi mengembalikan jumlah pelancong ke Langkawi seperti sebelum pandemik COVID-19 serta keberkesanannya.

Mengulas lanjut, Mohd. Salleh berkata, dalam usaha memastikan Langkawi terus menjadi pilihan sebagai destinasi pelancongan pasaran domestik dan antarabangsa, kerajaan negeri melalui Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) dan LADA telah merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk tahun ini.

"Antaranya dengan memperkenalkan program insentif penerbangan sewa khas. Setakat ini sebanyak enam penerbangan sewa khas dijadualkan dari Chengdu, China ke Langkawi melibatkan sasaran pelancong 1,080 orang.

"Selain itu bermula 10 Februari lalu, syarikat Flydubai telah memulakan laluan penerbangan terus ke Langkawi dan ini memberi manfaat ekonomi kepada penduduk Langkawi menerusi kedatangan pelancong dari Asia barat, Eropah, Afrika dan negara-negara lain," katanya.

Selain laluan udara, beliau berkata, Langkawi kini turut menjadi tumpuan kapal persiaran mewah yang singgah di pulau tersebut.

Katanya, setakat ini sebanyak 16 kapal persiaran mewah telah singgah di Langkawi dengan setiap satunya melibatkan kedatangan penumpang antara 1,500 hingga 2,000 orang.

"Tetapi kita tidak akan cepat berpuas hati dengan pelbagai usaha kini diteruskan termasuk menyertai program-program promosi bagi menawarkan pakej percutian menarik kepada bakal pelancong dalam dan luar negara.

"Dalam masa sama, kerjasama strategik bersama negara serantau seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan negara-negara ASEAN lain turut dirancakkan bagi menarik lebih ramai kedatangan pelancong ke Langkawi," katanya. – Getaran, 5 Mac 2024.

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar