web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki, 2 Wanita Sekali Lagi Didakwa Jual Rakaman Video Lucah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:18PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki dan dua rakan wanitanya didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menjual rakaman video lucah, dua bulan lepas.

Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan serentak di hadapan Majistret Nurul Izzah Shaharuddin.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah D7, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini pada 11.54 malam, 15 Januari lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh manakala ketiga-tiga tertuduh yang diwakili tiga peguam Mohd Faris Abrar Othman, Mohammed Hissham Ramdzan dan Nurul Aeir Muhammad Harvian Kamar memohon jaminan rendah.

Mahkamah membenarkan jaminan RM4,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April ini untuk sebutan semula kes. 

Di Mahkamah Sesyen, Hasli Ikhwan dan Norhidayah turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memilik bahan lucah di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada 4 petang, 22 Januari lepas.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurilya Ellyna Nor Azmal manakala Hasil Ikhwan yang mempunyai tiga anak dan Norhidayah diwakili peguam sama.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM5,000 seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 April sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 26 Januari lepas, Hasli Ikhwan, Norhidayah dan Norshazrina didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad