Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


‘Umrah Adalah Ibadah, Bukan Bahan Media Sosial!’ - Dr Zulkifli

Semasa Dikemaskini 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 4:01PM

Umrah ialah ibadah suci dan mulia yang tidak seharusnya dijadikan bahan untuk media sosial - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umrah adalah ibadah yang perlu ditunaikan dengan ikhlas, bukan aktiviti pelancongan untuk menjadi bahan media sosial sesiapa.

Memberi ingatan itu, mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, tidak seharusnya ibadah seperti umrah dan rukun yang dikerjakan menjadi bahan tontonan ramai di media sosial.

Menurut beliau, mencium Hajar Aswad seperti yang menjadi ‘kegilaan’ segelintir jemaah sehingga sanggup bertolak-tolakan bukan satu kemestian ketika menunaikan umrah.

“Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat.

‎”Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari,” katanya menerusi ciapan di X.

Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - gambar fail
Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri - gambar fail

Zulkifli menyatakan demikian sebagai mengulas tindakan seorang usahawan yang memuat naik video ketika sedang menunaikan ibadah umrah.

Menerusi video berkenaan, usahawan terbabit yang juga pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dilihat berebut dan merempuh jemaah lain, hanya untuk memastikan rombongannya berjaya mencium Hajar Aswad.

Susulan video terbabit, Hafiz teruk dikecam, khususnya oleh netizen yang menyifatkan tindakannya itu sebagai amat keterlaluan.

@homestay_warisanbondapd Subhanallah . bang @hafizmahamad ♬ original sound - Homestay Warisan Bonda PD - HomestayWarisanBondaPD

Mengulas perkara itu, mantan Mufti Wilayah Persekutuan tersebut menegaskan, agak janggal apabila ibadah suci dan mulia dirosakkan dengan telefon pintar digunakan pada bukan masanya untuk merakam video dan gambar.

“Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau Hajar Aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar trend untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah trend yang merugikan itu. 

‎قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

‎Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam," katanya memetik firman Allah  SWT dalam ayat 162 Surah al-An'am.

Jelas Zulkifli, kesempatan berada di hadapan Baitullah digunakan untuk merenung segala dosa dilakukan dengan harapan ia mendapat pengampunan Allah SWT.

“Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan masa untuk mencipta content,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Hafiz menerusi hantaran terbaru di Instagram memuat naik permohonan maaf sambil memberitahu, video terbabit telah diturunkan.

“Masya Allah, saya terima dm semua baik baik. Di soc media juga, ada pandangan yg baik dan ada yang sebaliknya. Lihat dan dengar apa yang saya sampaikan.

“Untuk pandangan yang baik, maat kerana saya take out video tu supaya tidak kita bertelagah pada pandangan selain itu. Pada pandangan sebaliknya, terima kerana berkongsi ilmu pada saya hamba yg lemah ini. InsyaAllah kita terus bersahabat.

“Untuk team semua, harap selama tujuh tahun pergi dengan abang. Kamu semua happy, puas hati bila dpt sampai ke sini dan Allah izinkan kamu nikmati semua yang kamu rasa mustahil di sini.

“Pegang pesan abang, bila senang nanti, hantarlah seramai yg mungkin ke sini dan wujudkan keberanian dim diri mereka,” katanya. - Getaran, 4 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Tidak Boleh Pindah Zakat Ke Negara Lain Jika Jaraknya Boleh Qasar Solat - Dr Zulkifli

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Hukum Makan Hidangan Dimasak Bukan Islam, Ini Penjelasan Bekas Menteri Agama

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Sukan 16 jam yang lalu

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

Semasa 12 jam yang lalu

Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia Pada 7, 8 Mei 

Politik 16 jam yang lalu

Pengundi Semakin Bijak, Sudah Cekap Lihat Warna Sebenar Ahli Politik - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Bintang Selangor FC, Faisal Halim Disimbah Asid

oleh Wartawan Getaran