web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paras Air Di 7 Empangan Di Selangor Stabil – Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 4:26PM

Empangan Semenyih. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Paras air tujuh empangan di Selangor masih berada pada paras stabil, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Izham Hashim.

Beliau berkata, walaupun negara sedang berdepan fenomena suhu panas, paras air di tiga empangan berada pada paras 85 peratus manakala bakinya di tahap melebihi 90 peratus.

"Tidak ada yang kritikal. Kesemua paras air empangan masih di tahap 85 peratus. Kalau bawah 70 peratus, itu dah kritikal dan kita akan ambil langkah berjaga-jaga.

"Saya rasa kesan El Nino (di Selangor) hanya akan mula terasa pada suku kedua iaitu pada Jun nanti. Sekarang masih hujan dan paras air juga masih bertahan lagi," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Wisma Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di laman Facebook memaklumkan suhu panas tahap berjaga-jaga direkod di 21 kawasan seluruh negara termasuk di Sepang, Selangor dan Kuala Lumpur.

Untuk rekod, suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga adalah merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius yang direkod dalam tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. 

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan Malaysia berada dalam fasa akhir Monsun Timur Laut yang secara lazim menyaksikan kawasan utara Semenanjung mengalami litupan hujan dan taburan hujan yang kurang selain menyebabkan cuaca lebih panas serta kering berbanding kebiasaan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad