web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bicara Kes 22 Julai, Sanusi Akan Kemukakan Representasi Batal Tuduhan Menghasut

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Feb 2024 7:09PM

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Kompleks Mahkamah Shah Alam, hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pembelaan dalam kes Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi membatalkan dua pertuduhan menghasut berhubung pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik.

Peguam Awang Armadajaya Awang Mahmud, yang mewakili Muhammad Sanusi, 50, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan.

"Saya rasa ini penting kerana ada beberapa perkara yang tidak ada dalam dokumen yang ingin kami bangkitkan kepada AG. Oleh itu, saya mohon supaya tarikh bicara tidak ditetapkan sehingga isu representasi ini diputuskan dan mohon tarikh sebutan ditetapkan oleh mahkamah," katanya ketika kes itu disebut buat kali pertama di hadapan Aslam hari ini. 

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob pula memohon mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan kerana pembelaan boleh mengemukakan representasi itu pada bila-bila masa.

Awang Armadajaya kemudian memohon supaya senarai saksi pendakwaan diserah kepada pembelaan bagi membolehkan pihaknya menyediakan representasi yang sempurna.

Abdul Malik berkata, senarai itu akan diserah kepada pembelaan dan memaklumkan bahawa pendakwaan akan memanggil kira-kira 10 saksi untuk memberi keterangan. 

Aslam kemudian menetapkan 3 Mei sebagai sebutan kes bagi mengetahui status representasi dan 22, 23, 26, 29 dan 30 Julai serta 5, 6, 9, 12 dan 13 Ogos ini untuk perbicaraan.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Kedah itu mengekalkan pengakuan tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan semula selepas kes terbabit dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi di sini pada 1 Februari lepas.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Muhammad Sanusi didakwa menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada 11 malam 11 Julai 2023.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

oleh Sophia Ahmad