web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Potongan Imbuhan Penjawat Awam Bukti Kebersamaan Dalam Perangi COVID-19 - PM

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 11:44AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sumbangan penjawat awam melalui potongan Imbuhan Tetap Keraian (ITK) dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) membuktikan kebersamaan golongan itu dalam menggalas tanggungjawab bersama kerajaan memerangi pandemik COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata solidariti itu juga adalah cerminan sokongan penjawat awam terhadap perjuangan para petugas barisan hadapan yang berusaha tanpa henti untuk membendung dan melindungi orang ramai daripada jangkitan wabak itu.

Katanya sumbangan oleh penjawat awam tidak termasuk petugas barisan hadapan dan kakitangan kerajaan Gred 1 hingga 28, akan dimasukkan ke Akaun Amanah Bencana COVID-19.

“Terima kasih penjawat awam. Saya amat menghargai dan menyambut baik solidariti penjawat awam yang turut serta memberi sumbangan kepada negara bagi memerangi COVID-19 melalui potongan ITK dan ITKA.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada semua kakitangan awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang lebih setahun menguruskan pandemik COVID-19 ini,” katanya dalam catatan di Facebook rasmi beliau.

Selain itu, Perdana Menteri turut mendoakan agar semua penjawat awam di seluruh negara, tanpa mengira peranan dalam perjuangan memerangi COVID-19 akan terus diberkati Allah SWT.

“Semoga kita semua dan Malaysia dilindungi daripada ancaman wabak ini. Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali mengumumkan lebih 800,000 penjawat awam bersolidariti dalam mendepani pandemik COVID-19 melalui pengurangan ITK serta ITKA selama tiga bulan berdasarkan gred perkhidmatan yang dianggar dapat mengumpul lebih RM30 juta.

Penetapan sumbangan berdasarkan gred perkhidmatan itu adalah 50 peratus bagi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) A ke atas, JUSA B sebanyak 20 peratus, JUSA C sebanyak 10 peratus, Gred 44 hingga 56 sebanyak lima peratus melibatkan ITK, manakala RM10 daripada ITKA bagi Gred 29 hingga 41.

Pada Isnin, Muhyiddin Yassin mengumumkan setiap menteri serta timbalan menteri tidak akan mengambil gaji selama tiga bulan mulai Jun dan ia disumbangkan ke dalam Akaun Amanah Bencana sebagai membiayai perbelanjaan berkaitan COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

BERSATU Terima 4 Keping Cek, Setiap 1 Bernilai RM200,000 - Saksi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Menghasut

3

Politik 1 tahun yang lalu

6 Ahli Parlimen BERSATU Sokong PM: Tiada Kekosongan Kerusi – Muhyiddin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Muhyiddin Dapat Kebenaran Mahkamah Hadir Majlis Graduasi Cucu Di London

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad