web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia-Kemboja Setuju Segerakan JCBC - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Feb 2024 2:51PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) dan rakan sejawatnya, Hun Manet dari Kemboja pada sidang media bersama di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia dan Kemboja bersetuju untuk mempercepatkan proses mengkaji semula kerjasama dua hala antara kedua-dua negara dalam sektor penting menerusi Suruhanjaya Bersama bagi Kerjasama Dua Hala (JCBC), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sidang media bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet di Perdana Putra di sini hari ini, Anwar berkata, Menteri Luar kedua- dua negara telah diarah untuk menetapkan tarikh mesyuarat JCBC yang lebih awal daripada jangkaan asal.

"Pastinya isu-isu seperti sekuriti makanan, kerjasama dalam penyelidikan, perdagangan dan pelaburan, industri Halal, tenaga boleh diperbaharui, industri teknologi tinggi termasuk EV (kenderaan elektrik) dan Al (Kecerdasan Buatan) akan dibincangkan," katanya.

Malaysia dijadualkan menjadi tuan rumah JCBC tahun ini.

Terdahulu, Hun Manet tiba di Malaysia hari ini untuk lawatan rasmi sehari atas jemputan Anwar, dan ia adalah lawatan sulung beliau sejak dilantik menjadi Perdana Menteri Kemboja pada Ogos 2023. 

Hun Manet diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana.

Merujuk kepada masyarakat Islam di Kemboja, Anwar berkata, Malaysia berminat untuk bekerjasama dengan negara itu bagi memperkasakan masyarakat berkenaan, di samping memupuk bakat muda dengan kemahiran serta ilmu pengetahuan yang diperlukan, bagi memenuhi keperluan masa depan dalam perniagaan.

"Dengan sokongan anda, kami akan menyediakan latihan yang diperlukan untuk memastikan kita memainkan peranan yang positif dan bermakna di Kemboja," katanya.

Beliau turut melahirkan rasa terima kasih kepada Kemboja kerana banyak membantu dan menyelesaikan isu mangsa penipuan pekerjaan warga Malaysia.

"Anda sangat pantas dan saya berterima kasih kepada kedua-dua pihak polis dan imigresen atas sokongan mereka," kata perdana menteri.

Wisma Putra dalam kenyataan hari ini berkata, semasa lawatan rasmi itu, Hun Manet diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, Kemboja merangkap Menteri Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa Sok Chenda Sophea, Menteri Kabinet dan pegawai-pegawai kanan Kemboja.

Hun Manet dijadual mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di Istana Negara dan mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul.

Lawatan rasmi ini akan meningkatkan nilai tambah kepada hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Kemboja, secara dua hala dan dalam rangka kerja ASEAN, menurut Wisma Putra.

Kemboja adalah antara negara terawal yang menjalin hubungan diplomatik dengan Malaysia pada tahun 1957.

Pada 2023, Kemboja disenaraikan sebagai rakan dagang ke-9 terbesar Malaysia di rantau ASEAN.

Nilai perdagangan dua hala antara Malaysia dan Kemboja berjumlah RM3.02 bilion, dengan eksport dari Malaysia ke Kemboja bernilai RM2.35 bilion, meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Syarikat-syarikat Malaysia telah melaksanakan 162 projek di Kemboja, dengan pelaburan berjumlah RM14.4 bilion. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 6 hari yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad