web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Setuju Secara Dasar Benarkan Syarikat Penerbangan Kenakan Caj Pelepasan Karbon - Anthony Loke

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2024 8:12PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan pada dasarnya bersetuju membenarkan syarikat penerbangan mengenakan bayaran tambahan bagi menampung pelepasan karbon mereka.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, syarikat penerbangan tertentu akan menggunakan bayaran tambahan itu bagi membeli bahan api penerbangan mampan (SAF), manakala yang lain akan membayar kredit karbon untuk mengimbangi pelepasan karbon mereka.

"Sudah tentu Malaysia juga akan mengambil langkah-langkah tertentu, namun ia tidak diwajibkan untuk semua syarikat penerbangan," kata Loke kepada pemberita selepas program 'Sua Kasih MADANI' kementerian di sini, hari ini.

Beliau mengulas sama ada Malaysia akan mengikut langkah Singapura yang mengenakan levi bahan api hijau ke atas penerbangan mulai 2026.

Setakat ini, syarikat penerbangan di negara ini digalak menerapkan penggunaan SAF, namun ia melibatkan kos tertentu.

"Beberapa syarikat penerbangan telah menghubungi kementerian untuk meminta kebenaran membuat pindaan tertentu bagi levi karbon, tetapi itu tidak wajib bagi syarikat penerbangan," katanya.

Loke berkata, syarikat penerbangan belum mengenakan levi kerana akan ada pindaan tertentu yang dibuat di bawah Peraturan- Peraturan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Kod Tatakelakuan) 2018 oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom).

"Kos yang minimum mungkin dikenakan. Pertamanya kerana objektif kami adalah untuk tidak membebankan pengguna, tetapi kita mempunyai kewajipan bahawa setiap negara harus mematuhi pengurangan karbon ini," katanya.

Loke berkata, mengenakan terlalu banyak levi akan 'membunuh' industri dan tidak menggalakkan dari segi ekonomi dan orang ramai daripada menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan.

"Oleh itu kami perlu mengambil pendekatan yang seimbang antara kewajipan dan pengguna serta beban yang perlu ditanggung syarikat penerbangan untuk mengurangkan pelepasan karbon. Walaupun ada caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan, ia mestilah sangat minimum," katanya.

Loke berkata, walaupun kementerian membenarkan syarikat penerbangan menggunakan pendekatan berbeza untuk menampung pelepasan karbon selain levi karbon, beliau menekankan langkah lain perlu diambil seperti mengoptimumkan kecekapan operasi syarikat penerbangan dan pengurusan trafik udara. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 6 hari yang lalu

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

2

Semasa 2 minggu yang lalu

LRT Tergelincir: Tindakan Tegas Perlu Diambil - Loke

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pemeriksaan Pemilikan Kenderaan Persendirian: Kerajaan Tamatkan Monopoli PUSPAKOM

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pemandu Mabuk, Bawah Pengaruh Dadah - Loke

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar