web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Pukul Ibu Hingga Cedera Di Kepala, Patah 2 Gigi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 8:14AM

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya kerana tidak berpuas hati almari kasut diletakkan di laluan masuk ke biliknya, seorang pemuda bertindak kejam memukul ibunya dengan menggunakan stereng kereta, menyebabkan mangsa patah dua batang gigi dan berdarah di kepalanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Mohd Azam Ismail berkata, dalam kejadian 12.30 malam itu, mangsa berusia 74 tahun dilaporkan sedang tidur, sebelum didatangi suspek yang kemudian bertindak memukul warga emas itu.

"Melihat kejadian itu, adik mangsa yang berusia 30-an cuba untuk menenangkan abangnya, namun dia turut ditumbuk," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ekoran kejadian itu ibu mangsa telah membuat laporan polis dan suspek yang berusia 36 tahun yang tidak mempunyai sebarang pekerjaan, ditahan sejurus selepas itu.

Beliau berkata, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati mendapati negatif dadah.

Lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 27 Februari depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah dengan jalan menggunakan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Gagal Dapat Wang Punca Lelaki Pukul Ibu, Ancam Letup Tong LPG - Polis

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran