web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gagal Dapat Wang Punca Lelaki Pukul Ibu, Ancam Letup Tong LPG - Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2024 8:25AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Lelaki yang ditahan kerana bertindak agresif memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tong gas petroleum cecair (LPG) di rumahnya di Jalan Gangsa, di sini kelmarin didapati bertindak sedemikian berikutan gagal mendapatkan wang daripada warga emas itu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, lelaki berusia 45 tahun itu meminta sejumlah wang dipercayai untuk membeli dadah, namun ibunya yang berusia 70-an enggan memberikan duit itu.

"Akibat marah, lelaki itu bertindak agresif sehingga mencederakan ibunya, selain mahu meletupkan rumah mereka.

"Ibunya yang juga peniaga gerai makan tidak mengalami kecederaan serius, namun masih trauma akibat dipukul... dia dirawat di Hospital Pulau Pinang," katanya pada sidang akhbar di sini , semalam.

Beliau berkata, polis membuka tiga kertas siasatan berhubung kejadian itu iaitu Seksyen 506 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kelmarin, lelaki terbabit yang berada di bawah pengaruh dadah berjaya ditahan selepas dipujuk lebih tiga jam.

Lelaki itu pada mulanya dikatakan mengamuk dan dipercayai memukul ibunya menggunakan rotan sebelum kejadian disedari jiran lalu menghubungi polis kira-kira 9.30 malam.

Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Razlam Ab Hamid berkata, lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penemuan kamera tersembunyi di dalam bilik air di sebuah inap desa di Jelutong, di sini, telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas remannya tamat hari ini.

Beliau berkata, polis telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan akan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

"Secara keseluruhan polis telah rekodkan keterangan daripada sembilan individu bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang," katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Difahamkan lelaki itu adalah rakan kepada wanita yang membuat laporan polis berkenaan dan dipercayai turut menginap di inap desa yang sama bersama beberapa lagi rakan mereka.

Media sebelum ini melaporkan polis mengesahkan menerima laporan daripada wanita tempatan berusia 24 tahun mendakwa diintip menerusi kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi di bilik air, ketika sedang bercuti di inap desa itu pada 5 hingga 6 Februari lalu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 2 tahun yang lalu

APMM Rampas Dadah Terapung Di Laut

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar Lebih 21Kg Dadah

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad