web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Bakal Tubuh Jabatan Pendakwaan Syarie, Perkukuh Ekosistem Perundangan Syariah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2024 4:12PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengadakan pertemuan bersama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita di Kompleks Islam Putrajaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan akan menubuhkan Jabatan Pendakwaan Syarie Malaysia (JPSM) dalam usaha memperkukuh ekosistem perundangan syariah di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.

Ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan kira-kira 30 badan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam di sini hari ini, Zulkifli berkata, proses penubuhan JPSM kini dalam peringkat perbincangan.

"Kita ingin tubuh JPSM dan ia sedang dalam peringkat perbincangan, moga ia dapat dihasilkan dan keseluruhan ekosistem perundangan syariah diperkukuhkan," katanya.

Beliau berkata, kerajaan komited melaksanakan pemerkasaan perundangan syariah secara sistematik dan teratur termasuk menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355).

"Bukan sahaja RUU 355, kita akan bawa RUU lain seperti RUU mufti, pindaan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) dan ada beberapa lagi. Kita bergerak secara menyeluruh bukan sahaja aspek RUU 355," katanya.

Zulkifli berkata, inisiatif penubuhan Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) juga adalah komitmen kerajaan untuk mempertingkat pengetahuan, kemahiran dan kapasiti di mahkamah syariah.

"Pemerkasaan perundangan syariah telah dilaksana dan berlaku begitu sistematik dan teratur," katanya.

Ahad lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, sesi libat urus mengenai RUU 355 kini di peringkat akhir dan laporannya akan dibawa ke Kabinet dan dijangka dibentangkan di Parlimen tahun ini.

Mengenai pertemuan dengan NGO wanita hari ini, Zulkifli berkata, Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM) akan menjadi penaung kepada gerakan wanita Islam bagi melaksanakan aktiviti dengan dibantu kerajaan dari aspek teknikal dan lain-lain.

"Kerajaan MADANI amat ambil berat tentang segmen dan hal ehwal aspek wanita. Kita ingin selaras, seragam dan kukuhkan aktiviti (libat NGO wanita)," katanya. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Amir Hamzah, Zulkifli Angkat Sumpah Ahli Dewan Negara

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 16 minit yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad